Friday, December 31, 2010

Coming !

Ehem. Nih pic kat i-city. Saja nak kongsi-kongsi. Last weekend pergi. Teman kan makcik yang nak sangat pergi. Padahal dah bosan. So, layankan jelaa. Hee

Hmm tak sangka pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru pun. Nasib baik pejam boleh celik balik. Buatnya pejam tak celik celik ? Haaa

Kesian Cik 2010 sedih kerana sedang meniti hari hari terakhirnya untuk meninggalkan semua kenangan yang tercatat dalam sejarahnya di setiap pelusuk dunia. Cik 2011 pula bersorak gembira akan kemunculannya yang tinggal beberapa hari lagi dari sekarang untuk membentangkan kain putih berseri yang entah berapa inci yang dibelinya daripada Miri.

2010 telah membuatkan aku memenuhi nota-nota hidup segala perjalanan aku di lorong lorong yang berliku lagi berlekuk lalu terpijak lecak. Euwww kan dah basah selipar ! Haha. Terlalu banyak kenangan, kepahitan, kesukaan dan kedukaan bagi aku di 2010. Kisah persahabatan, kisah cinta.. Wow ! Sungguh menakjubkan. Haha kenapa saya suka ? E'em (menggelengkan kepala). Aku cuba cover untuk bertenang supaya tidak menitiskan air hinggus yang menghijau. Karang kau kau dan kau geli plak nak baca blog aku sebab melekit. Ngeh ngeh ngeh .
Aku akan ambil ikhtibar apa yang dah berlaku pada diri aku di tahun 2010. Tambi tambi, ane ane dan juga minachi minachi sekalian, di sini saya menulis (memang la menulis, bukan ada microphone pun nak bercakap) saya menyusun kesemua 20 jari kaki tangan saya untuk memohon maaf kepada sekalian sekalian yang berada di rumah mahupun di tepi tepi lorong lorong gelap tuh. Heppp ! Cabui na mulut hang. Tapaq sat lagi kang, berdarah gusi dan gigi. Hee Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kalian yang telah memeriahkan dan menyerikan hidup saya dengan lampu lapliplaplip hari raya. Dah macam hari raya plak aku rasa. Argghh ! Persetankan.

Haaa 2011 ! Aku mengucapkan selamat datang. Tak payah la kau nak berlari lari macam filem hindustan tuh. Dengan kain putih dia tuh. Konon laa terbang terbang gitu kene tiup angin. Haha okeh, aku dah mula merepek lagi mencarut. Actually nak cakap selamat datang ke dalam hidup aku dan juga semua orang dalam dunia ini. Ehem ! Kain putih tuh berapa hengget satu inci? Nak beli jugak untuk budak sekolah. Haha okay stop mencarut -__-
Hmm aku harap 2011 nih aku menjadi lebih matang dalam segala hal. Dapat juga menjadikan aku insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang sambil berlari lari membawa bendera Malaysia. Hahaha
Ouh lupa. Ape Azam tahun baru aku haa? Erm jap jap aku try tanya Azam anak pakcik Sood belakang Rumah Tok Janggut yang dekat dengan sawah tapi ada loji. Apekah ? Haha
Serius azam yang betol betol azam tuh macam tak ada jerk ? Haaa nanti saya pikir-pikirkan ea. Muah muah. Idios Omigos anak si jongos *wink

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA !


Mari ramai ramai kita goyangkan pinggul ikut suka hati ke kiri atau ke kanan sambil tangan menghala ke depan dan Oyeah Oyeah. Hahaha
Haha TAHNIAH aku ucapkan kepada pemain-pemain Malaysia yang dah bertungkus-lumus bergusti-gasta bergasak-gasik bercium-ciam dekat padang bola kerana sudah mengharumkan lagi mewangikan nama Malaysia dalam perlawanan MALAYSIA VS INDONESIA.
Perlawanan memang agak cuak lagi menggerunkan kerana Indonesia terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol, tapi apakan daya, gol keeper Malaysia, Fahmi tuh sangat cekap. Kenapa aku perlu cakap macam nih ? Da macam pengacara tv plak. Hee abaikan.
Seronok tengok bola. Kalau sebelum-sebelum nih aku tengok bola orang lain yang menjerit. Kali nih aku tengok aku yang menjerit. Haha pemain pemain Malaysia pun kebanyakkannya yang muda-muda lagi bergetah. Pemain baru la senang kata. Awww cool.. ^o^
Dengan kemenangan ini jugak lah Malaysia diberikan PUBLIC HOLIDAY. Haha seronok seronok seronok. Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Semoga Malaysia mampu menaikkan nama negara dalam sukan dan lain-lain.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ! Haha idios omigos *wink

* bintang kecik - Maaf atas kesalahan tatabahasa dan pemahaman berikut.

Friday, December 24, 2010

Double L #1


What theee ? Fuck ! Haa aku tak pernah pernah nak maki kau okay. Tapi aku rasa kau yang mintak. Aku tak pernah rasa nak benci kau, tapi kau jugak yang mintak. Yer ! Dan sekarang aku benci kau. Puas hati ?

Ekh enough laa. Benda dah lama okay.  Even aku yang buat hal sekali pun, aku tak pernah nak mengungkit apa yang aku pernah bagi pada kau. Hello ? Aku rasa first time aku dapat kenal lelaki macam nih. Sejahat jahat lelaki yang pernah aku kenal, berbanyak habis mana pun duet aku atau duet dia, tak pernah lagi aku dengar mereka mengungkit. Sebab dari awal aku dah pernah pesan aku tak suka nak pakai duet orang atau orang tuh berhabis duet pada aku, nanti satu hari mesti mengungkit. Yes ! Aku tak pernah dengar lagi mereka mereka tuh mengungkit even sekarang nih aku still lagi kawan dengan mereka mereka tuh.

And now aku rasa kau la lelaki yang pertama mengungkit balik apa yang kau dah pernah bagi pada aku. Siap mintak balik. What thee duck ? Ekh aku bukan tak nak bayar la. Tapi cara kau memang cantikkkkkk. Padahal dulu aku dah pesan aku tak suka kau belikan macam-macam , banyak habiskan duet pada aku. Kau yang nak bagi, bukan aku yang mintak. Sebab mungkin kau akan ungkit balik satu hari nanti. Tapi kau kata tidak. Kau ikhlas apa yang kau bagi pada aku. Maybe ada la 1 2 3 aku mintak. Tapi kebanyakkan semua kau yang nak bayarkan, kau yang berikan. Dan sekarang ? Kau nak mengungkit ? Sumpah aku tak suka dengan cara kau.

Kau nak maki aku, maki laa. Aku tak kesah. Kau nak benci, benci lah sebab aku tahu kau memang dah bencikan aku. Even aku yang buat hal sekalipun, aku tak pernah nak buruk burukkan kau dekat orang lain. Ramai tanya kenapa aku dengan kau clash, aku senyap. Walaupun itu semua salah aku, tak pernah aku nak burukkan kau even kau ada keburukkan kau yang aku tahu. Aku masih ada rasa hormat lagi pada kau sebab kau dan family kau terlalu baik pada aku. Aku terharu sebab jumpa family yang baik macam tuh. Tapi aku terlalu rendah. Aku tak layak untuk bersama Family kau.

Tapi sekarang maaf. Aku langsung tiada rasa hormat pada kau lagi. Hanya kau seorang ! Bukan family kau.
Hmm dasar lelaki. Kalau dah namanya lelaki memang lelaki. Memang aku amik ikhtibar la apa yang jadi pada aku kali nih. Aku akan lebih berhati hati dan kuat pada pendirian aku.

Dan kepada kau, aku akan bayar balik apa yang KAU dah pernah bagi pada aku dulu. Pemberian yang TAK IKHLAS dan juga TAK HALAL tuh. Terima kasih atas semuanya. Aku hargai apa yang kau buat pada aku dulu dan sekarang.

Sumpah aku sedih dengan sikap kau. Kau nak balas dendam ? Silakan. Aku masih ada Tuhan yang mampu melindungi aku. Kalau kau rasa nak aku mati, datang bunuh aku baru kau puas hati bukan ? Selagi aku tak mati selagi tuh kau kau tak puas hati bukan ?

Aku tak nak blog aku kene gam sebab dalam blog aku ada maki memaki. Aku nak blog aku bersih. Tapi aku terlepas jugak. Maaf. Hati sangat tidak tenteram, nafas turun naik, jiwa meracau, kepala runsing. Maaf atas kesalahan kata kata kasar dan kesat aku nih.

Thursday, December 23, 2010

Amnesia #1

Texting..




.......





Kau hilang..









Aku talifon..














Hanya voicemail yang menjadi jawapan..




Mengapa kau menghilang secara tiba-tiba ? Bukan sekali, tetapi berkali-kali sejak kita duduk berjauhan. Aku mula cuak. Aku cuba memujuk hati agar bersabar. Tetapi hati aku berkata tidak. Ada sesuatu yang dia lakukan. Kemanakah dia pergi ?


Aku cuba menenangkan diri dengan meng-online







Tidakk !


Hati aku tetap tidak tenang..


Fikiran menerawang memikirkan dia.


Kenapa? Mengapa?


Aku cuba tenang..




Tidakk !



Lalu aku mencapai telefon bimbit.

Jari jemari rancak menekan satu persatu setiap nombornya..

Butang hijau ditekan..









Hanya deringan yang mengiringi.
Hanya voicemail jawapan yang diberi.




Aku cuba lagi..




Lagi..









Dan lagi..









Tapi ternyata hanya sia-sia..



Aku menyendiri.
Aku bermonolog di hati. 



Aku hanya..




Ditemani malam.
Diselimuti angin.

Diperhatikan bulan.
Diintai bintang.

Diiringi irama cengkerik.
Dinyanyikan katak.



Aku menjadi sedih..




Apakah yang berlaku kepada kau? Apakah yang terjadi ? Dimanakah kau ? Kenapa perlu tinggalkan aku begini ? Mengapa kau jadi begini ?



Apakah aku yang tidak memahami kau ?
Dimana silapnya ?






Aku..




Terlalu sayangkan kau.




Aku..




Terlalu cintakan kau..




Aku..




Terlalu rindukan kau..




Aku..




Terlau risaukan kau..





Apa kau mengerti akan semua ini?



Ternya tidak.




Kau berhibur tanpa memikirkan aku.




Kau Egois.



Tapi..







Kenapa? Tak memahaminya atau mahu penghujung cerita? Tak ada apa yang menarik dalam cerita nih. Hanya rekaan semata-mata. Rekaan tanpa orang memikirkan kebenarannya dan kewujudannya. Mengertikah akan cerita tersebut ? Tidakk ! Ternyata hanya aku yang memahaminya. Maaf. Aku terlalu mengikutkan nafsu perasaan yang mendadak turun dan naik. Nafas yang tersangkut. Nyawa yang tergantung.

Cerita si Gadis Amnesia

Monday, December 20, 2010

Teringin !

Hey Hoo guy's. Hee sementara kepala otak sedang berpusing pusing memikirkan sesuatu perkara yang gonjol lebih baik aku sumbatkan secepat mungkin ke dalam blog aku nih. Haa aku tak tahu la kenapa sejak dua menjak dan bermenjak menjak nih, aku teringin sangat nak belajar main gitar. Teringinnnn sangattt ! Tolong ajarkan bolehhhh ? *muka kesian. Haha
Aku selalu jugak dengar lagu-lagu yang jenis Akustik. Teringin nak nyanyi sambil main gitar. Mesti aku nampak hegsem kan ? Heee
Pleaseee aku nak sangat main gitar. Hmm yang aku tahu takat main bass jerk. Tak best tak best. Nak main gitar sambil nyanyi. Ala ala macam faizal tahir dan dan Aizat kee, Melda Ahmad tuh. Awwww ! Nampak hengsem gitu bukan ? Hee
Saya mintak tolong sayang saya, tapi dia ajar main bass jerk. Dia cakap tangan kita keras. Tak layak main gitar. Jahat bukan ? Huww.
Tak apa. Saya akan berusaha sendiri. Cepat cepat leyn! Haha.
Tunggu yahh ! Idios Omigos ! Muaakk ahaks *wink

Thursday, December 09, 2010

Kepergian

Kobun Binti Darjo
Yang telah pergi kerahmatullah pada 6 Disember 2010
Selamat tinggal nenek tersayang.
Semoga Roh muh dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Akhirnya, saya dah pun kehilangan kedua-dua nenek dan atuk belah ayah dan juga ibu. Jadi, saya tidak akan dapat merasa lagi kasih sayang seorang nenek atau pun atuk, tiada lagi keseronokkan apabila beraya dikampung. Sungguh! Aku merasa kesedihan. Dia pergi juga meninggalkan semua orang setelah ia koma selama 2minggu di hospital. 
Akhirnya Tuhan lebih sayangkan dia. Alhamdulillah aku diberi pinjaman untuk merasakan kasih sayang seorang nenek yang kuat tanpa arwah atuk sekian lamanya. Terima kasih Tuhan. Kau berikan pinjaman yang begitu beharga.
Kau berikanlah kekuatan kepada diri Ibu ku agar kuat menghadapi pemergian ini. Dan begitu juga aku, agar dapat menghargai jasa seorang Ibu, dan kasih sayang yang ia beri. Hargailah dia selagi dia masih ada. Berikan aku kesedaran agar tidak melukakan hati seorang perempuan yang bernama IBU.

Saya sayangkan Ibu saya Pn. Rubiah Binti Kastari.

Sunday, December 05, 2010

Penyesalan


Hari nih hari Ahad. Hari untuk orang orang berehat. Tapi sekejap lagi aku kene kerja. Tak mengapa laaa. Hmm
Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak nih aku ada rasa menyesal sikit. Ekh silap banyakkk.. Hee
Urm entah laa. Aku tak tawu kenapa dengan diri aku. Aku culture shock ke? Tak mungkin. Sebab aku memang suka berjalan. Suka merayap. Dekat JB aku da biasa keluar dengan membe membe yang ada kenderaan. Tapi dekat sini ? Aku dapat kawan kawan yang ada kereta (contohnya), tapi roomate aku cakap aku berubah. Hmm aku tak faham disitu. Memang larh dulu baru baru masuk aku senyap, aku slow, aku turutkan kata dorang. and now aku da mula biasakan tempat nih dengan aku. Lagipun aku da biasa duduk dekat Shah Alam dan rajin merayap sendiri dengan Si dia dulu. Itu dulu oke? but now susah la dapat kawan yang macam nih. Hmm cuma ada sorang jerk kawan yang selalu faham aku. Tak selalu larh, kadang kadang dia hangin jugak dengan aku sebab lembab macam siput. Hehehe jangan marah ea kawan. Dia nih bukan la budak bilik aku, tapi budak bilik depan. Dia satu tempat kerja dengan aku. Dah banyak bende yang kiteorang share bersama. Dia tegur akan diri aku yang mereka katakan aku berubah. Rupanya perubahan disitu ada maksud yang tersirat. Aku mula faham. Aku mengangis, aku sedih, aku marah, aku geram. Yer, aku tak sempurna. Setiap orang akan buat silap. Aku marahkan pada diri aku. Sejak dari itu aku selalu fikirkan ape yang dia bagitau tuh. Aku rasa macam nak jerk berenti belajar. Nak balik JB duduk sana. Tapi aku perlu kuat. Aku perlu berubah. Hmm aku akan cuba kawan. Asalkan daripada dorongan korang semua. Terima kasih kawan. Kau seorang kawan yang baik aku. Aku juga rindukan kawan aku yang dua itu. Dah lama tak berjumpa. Pasti mereka juga anggap aku begitu. Aku mintak maaf kawan aku tak boleh jadi kawan yang terbaik tuk kau orang semua. Maaf kan akuuu..

Friday, December 03, 2010

Kesedihan

Ding Dong ! Hee
Pembukaan cerita, saya nak bercerita dekat sini mengenai anak Pak Mail yang mati tertelan air batu. Adakah anda percaya ? semestinya ya. Yer yer yer cakap la Yerrr. ish !
Urm tadalah. Sebenarnya aku penat bekerja. So, saja nak menghiburkan hati sendiri walaupun tak terhibur langsung. Huww -___-
Kenapa? Nak cakap kita tipu lagi? Ish. Okeh sekarang kita cerita. Sebenarnya sekarang kita kerja sambil belajar. Buat 4time. Abis class jerk kita terus pergi kerja. Balik pulak sebelah malam. Dan akan berulang ulang semula selama 5hari seminggu sebab sabtu ahad kita takda class. Hee Tapi kita kerja jugak taw. Haaa dah hampir sebulan lebih jugak la kita memenatkan diri smapi macam tuh sekali. tapi apa boleh buat. mencari pengalaman sambil bedikari nak beli kari. Hari hari makan kari sampai terpikat dekat cik adik Minakumari. H
Awak nak tawu kita kerja dekat mana ? Ehem ! Rahsia. Takut nanti awak datang tempat kerja kita sebab nak masuk minang. Malu mak kat situ nanti nokkkk. Haha
Halaaa nak tawu jugak ea? urm okeh kita bagitau. Dekattttt.. 

Jengg.. Jengg.. Jengg..

View Image
Tadaaaaa..
Hihihihi.. The Secret Recipe ! Halaa tapayah nak secret secret la. Tada apa yang secret pun. Gempak jerk macam anak monyet dapat makan penyepak. Huh ! seronok la jugak kerja sini. Cuma kadang kadang tuh terasa malas nak pergi kerja. Yelaa mana tak nya. Balik class terus masuk kerja. Dekat tempat kerja tension dengan orang yang datang beramai-ramai membawa kaum. Balik rumah pulak dah malam. Dekat rumah plak nak kene hadap laptop buat assgment yang menimbun sampi ke pagi. Puihhh ! Memang penat tak hengat laa sampai tada masa nak mengonline. Nih pun curi curi online. Heee
Tapi kita seronok kot kerja. Kita tanak nyusahkan ayah kita. Kesian kat dia asik nak bagi kita duit jerk. Hmm
Cuma kita nak cakap, gaji kita bulan nih sikit sangat sampaikan nak meleley hingus Shreek tengok kita. Tapelaa. Salah kita jugak kuat ponteng, asik tak datang kerja, masuk lambat. Haaa padan muka hang ! -__-
Dannn kita da wish nak beli ape lepas cheque da clear. Wehaaa ! idios ^.^

Wednesday, December 01, 2010

KEMBALI !

Yeah ! Sekian lama aku menyepi kini aku kembali. Kasihan pada blog ini yang bagai tiada penghuni. Padahal ada tuan nya yang malas ingin ber-belog. Ekh silap. Bukan malas. Cuma tiada masa nak mengonline. Hmm

Kini aku mulakan dengan LIFE baru, LEYN yang baru dan CERITA yang baru. Kenapa? kau nak cakap aku berubah? Yer ! Aku berubah. Tapi aku harap sangat kali ini adalah Leyn yang kawan-kawan aku kenal dulu.
Aku cuba nak menjadi yang terbaik pada mereka. Aku tahu aku bukan yang TERBAIK tuk kawan-kawan aku. Aku bukan kawan yang baik bagi dorang. Hmm sadis nya !

Dah dah aku tanak nangis. Hee senyum sikit. Haaa kan nampak comel tunjuk gigi macam tuh. Hee

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsi. Banyak sangaaatttttt !

Sekarang nih aku dah pergi belajar. Dah lama dah. Emm hampir 6 bulan jugak laa. Tak lama lagi da nak final. huww bertambah tambah masalah dan tension.

Lihatlah wajah budak yang belajar sekarang nih. Yang lagi serabai dan selekeh. Dah panjangkan rambut ? Maseh maseh. hee