Monday, July 12, 2010

Fakta !

bedasarkan novel novel yang aku pernah baca, contohnya mengenai cinta tiga segi, bercerai berai, kene kawin paksa, bercinta dengan orang lain kawin dengan orang lain dan lain lain.

tapi pernah tak korang terpikir kan yang cerita tuh terjadi pada diri korang sendiri? bukan sekarang pun mungkin satu hari nanti. bohong la kalau tak pernah terpikir kan . mesti pernah punya even sikit pun dan cerita tuh tak boleh nak difaktakan sebab belum terjadi pada diri korang sendiri.

tapi kenapa aku cerita kisah nih?
aku boleh FAKTA kan cerita novel nih sebab apa yang aku terpikir dah pun terjadi pada diri aku sendiri.
aku malu kot nak cerita kat sini sebab kat sini menjadi tumpuan sesiapa saja yang membaca. tapi aku dah tak tahu nak luahkan kat mana lagi.

cerita aku berkisah yang pat kawin kawin tuh .
ouh no mann ! ada orang masuk minang aku la beb. aku bukan main main. ini betul betul. INI SERIUS! haha
betul laa. aku tak tipu. kau nampak muka aku muka penipu ke? *angkat kening.
aku sendiri pun terkejut giler. tak sangka umor aku yang 18 nih ada orang nak sampai masuk minang. opps ! maap. baru 17tahun 9bulan ea. tak cukup umur lagi. tak boleh tak boleh. haha
mula mula tuh masa bapak aku cerita aku tak percaya la jugak. tapi dia cakap dia tak main main terus aku terdiam. ugh !

menagis beb aku satu hari tuh . tak boleh duduk diam. rasa seram sejuk giler. aku sedih kot nak cerita dekat bf aku. tak sanggup nak kecik kan hati dia. sebab tuh aku asik nangis jerk. bayangkan la sampaikan makcik makcik aku tahu. kau tak rasa malu ke? ekh silap. tada kene mengene dengan kau kau dan kau. aku nih yang malu la bagaikan nak duduk dalam peti ais. hanya kaki saja yang terkeluar dan berjalan. haha mesti nampak comel kan? haishhh.

lastly aku cerita jugak dekat dia. jujur la beb. haha ternyata dia sedih. hmm aku mintak maap. tapi buat masa sekarang aku pikir aku nak belajar dulu. aku anggap cerita tuh hanya mainan dalam fikiran aku dan mulut mulut orang.
tapi kalau sudah tersurat jodoh kami aku berserah. memang itu yang telah ditentukan olehNya. kita ini hanya merancang saja. hmm

ekh korang jangan cerita dekat orang taw! malu aku nanti. korang diam diam jerk taw! dah baca tuh senyap senyap. biar pecah kentot di bontot jangan pecah angin di mulut. nanti busuk bawu durian. haa kantoi makan durian nanti. haha

cerita dah habiss. seyum sikit. aww terserlah gusi. ^o^

Thursday, July 08, 2010

Perasaan

apa perlu ke aku rasa perasaan yang macam nih sekali ?
apa perlu ke aku rasa cemburu sehingga begini sekali ?
apa perlu ke aku menangis dengan macam nih sekali ? (alah korang bukan nampak aku menangis)
tapi aku tak tahu kenapa aku perlu rasa macam nih.

yer aku cemburu ! aku jelous ! kan sama maksudnya . sengal. hmm
entah lah weyh, aku sedih kot sejak sejak nih. aku rindu kan kawan kawan aku . aku rindu zaman sekolah aku. sebab itu jerk yang boleh aku banyak masa jumpa kawan kawan aku. aku rindukan diorang.
tapi semua dah pergi belajar tinggal kan aku. mereka dah ada kawan kawan baru. sedangkan aku? masih lagi tercorok di hujung dinding rumah disembunyikkan dengan hantu komkom (sejenis hantu tetek) yang masih berseorang tiada kawan tiada sesiapa.
hmm aku jelous ! yer aku cemburu . (tengok? maksud yang sama lagi)
aku tengok diorang dah belajar. dapat kawan ramai ramai, hangout sana hangout sini. sedang kan aku?
hmm korang tak akan paham perasaan aku macam mana rasa bila berseorang tiada kawan untuk luahkan perasaan. hmm kawannn. aku rindukan korang. korang jerk yang paham macam mana perangai aku. tapi korang dah pun ada kawan baru . mesti korang dah lupakan aku kan? hmm aku mintak maaf kalau aku ada buat silap dengan korang . (crying)

Monday, July 05, 2010

Masa

 semalam spend time dengan family . akak yang 1st tuh balik JB. macam tak ada arah tuju semua nya. haha
mula pergi jusco taman U. tengok tengok dah tak ada apa terus pergi tempat lain. lepak dekat danga plak. boleh plak dorang mesyuarat dalam keta plan nak pergi mana malam an. kalau yer pun keluar laaa. membazir pergi danga setakat nak duduk dalam keta. last last keluar jugakk. snap snap dekat tepi laut. awww. haha 
 
haha okeh. nih plan pertama, diorang nak main badminton. memandangkan badminton tak semua nya boleh main kami tukar plak. plan kedua, main futsal. haha kakak saya mengadung la awak. mana boleh main futsal. mesti nampak comel kan kalau kakak saya yang tengah pregnant tuh jadi penjaga gol. hanya memerlukan kuasa perut saja untuk mengahalang bola. haha dan akhirnya kami plan main bowling saja. heee
malam tuh kami semua main masak masak. fuh ! giler banyak menu malam tuh . haaa tengok laa anak anak ibu masak. haha aku ? tolong mana yang patut jerk. rety plak aku masak nih. haha sambil sambil tuh belajar la jugak. heee then lepas makan baru la semua nya pergi main bowling dekat Daiman Johor Jaya.
 
huh tak abis abis. haha

okeh . ini saya. haha bapak saya terer giler main bowling ! asik strike jerk. huh menyampah taw ! haha ibu plak bukan kemain suka lagi. dia punya markah pun tinggi dari saya. saya hanya mampu membaling dengan penuh semangat dan akhirnya masuk ke longkang. grhh. haha bukan rety sangat pun main. haha
okelahh. kami happening. cuma tak semua nya ada. abang saya tak ada. dia kerja. huww padan muka dia. haha