Wednesday, January 16, 2013

Dugaan & Cabaran


Assalamualikum w.b.t

Saya nak tanya siapa yang dah bertunang? Or awak semua terus kahwin jerk takde tunang tunang nih. Wuishh! Rugi tak tunang. Tak rasa kenikmatan bertunang. Hihihi
Patutlah orang tua-tua nih tak bagi tunang lama-lama. Memang betul dorang cakap, bertunang nih banyak dugaan. Siapa yang tak ada dugaan tuh meh saya nak gesel gesel siku saya dekat pipi awak. Hihi
Alam pertunang nih cukup mencabar dan hebat dugaannya yang berliku liku. Orang berdarah manis lah katakan. Tahu apa tuh darah manis? Bukan masa tunang tuh semuanya manis manis macam makan gula lolipop tuh. Tapi berdarah manis nih adalah, yang sedap yang enak yang lazat dinikmati oleh syaitan n the geng. Sedap digoda, enak dihasut, dan lazat bila dimakan dek hasutan syaitan ini. Syaitan nih cukup tak suka kalau anak anak Nabi Adam ini mendirikan rumah tangga. Sebabnya kahwin itu menghalalkan sesuatu hubungan. Mestilah dia benci kalau kita nak kahwin. Syaitan akan sedaya upaya menghasut agar kita menjauhi pernikahan dan kita akan selalu buat dosa dengan melakukan zina. Minta dijauhkan semua ini.

Apa yang aku agak sudah pun berlaku. Ini lah yang aku katakan dulu sebab ape aku tak mahu bertunang.
Yer, sekarang inilah yang aku lalui sepanjang menjadi tunangan orang. Dugaan yang semakin memberat. Emosi yang semakin terganggu. Kesabaran yang semakin tercabar. Dan mental yang semakin lemah.
Kadang-kadang aku down. Aku lemah. Aku tak kuat. Bila aku marah, aku sedih, sampai aku pun tak kenal diri aku. Dan aku pun mula bermonolog sendiri 'hey! mana leyn yang aku kenal. Leyn yang penyabar, yang tak melawan, yang tak banyak kerenah. Mana leyn yang itu?' (betul ke aku macam tuh? hihi)
Setiap kali jumpa suka-suka, akhir sekali mesti gaduh. Dan airmata juga jadi peneman.

Antara dugaan yang berlaku dalam alam pertunangan nih adalah :

1. Emosi 
Emosi diri yang tidak terkawal. Benda yang remeh temeh pun boleh jadi hal. Perkara kecik pun akan menjadi besar. Tuh baru kecik. Bila perkara besar, gaduh lagi besar, besar dan besar. Time nihlah tak boleh kedua duanya menjadi api. Mesti salah sorang menjadi air. Salah seorang mesti kene mengalah. Mengalah lah demi kebaikkan diri, hubungan, keluarga dan masa depan. Sabar dan pujuklah pasangan agar bertenang. Agak agak kalau gaduh kat luar, bawak pergi masjid. Hihihi

2. Pihak ke-3
Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang nak dekat dengan kita atau pasangan kita. Tapi bila dah bertunang ni, tiba tiba  kita atau cik tunang menjadi perhatian. Kat sini api cemburu membara baralah kan. Geram, marah, sedih semua ada. Dah tunang pun sebok nak menggatal apehal? Nak berkawan tak salah. Share dengan pasangan anda. Kawan awak kawan kita. Kawan kita kawan awak. Haaa macam tuhlahhh! Cium dahi sikit. Hihi

3. Masalah kewangan
Asyik asyik tak ada duit jerk. Tak dapat menyimpan duit. Duit entah dibelanjakan ke mana. Bila nak menyimpan, ada jerk yang nak kene bayarlah, kereta rosak lah, macam macam hal. Jadi, berbelanjalah dengan jimat dan cermat. Puasa setiap minggu. Haa betul tak?

4. Pengurusan hal perkahwinan
Kadang kadang benda macam nih pun boleh jadi masalah. Tapi bagi kiteorang, benda nih tak adelah masalah sangat sebab kita dan bincang, belah perempuan macam mana, belah lelaki macam mana. Haa so takde hal sangatlah. Hihihi

5. Perasaan ragu-ragu
Tiba tiba kita seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu ragu timbul setelah gaduh besar dan hampir dekat dengan hari pernikahan. Haa kat sini kenalah fikir betul betul. Fikir baik buruknya apa akan terjadi apabila masjid yang ingin dibina hanya tinggal lagi satu tiang sahaja habis roboh dimusnahkan dengan emosi anda yang dihasut oleh syaitan n the geng tuh. Jadi, mintalah petunjuk dari Allah s.w.t

Antara penyebab banyak dugaan macam ini adalah syaitan yang ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus dan manusia lebih terjerumus ke lembah maksiat. (Betul ke lembah maksiat? abaikan)

Siapkanlah mental dan fizikal. Sentiasalah berfikiran positif. Jika salah seorang dari kita terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan kita akan dapat dipertahankan. Seorang perempuan kenelah sentiasa memberi dorongan dan sokongan yang terbaik kepada pasangan anda. Andalah tulang belakang untuk dia menjadi kuat dan tabah mengharungi keperitan untuk melalui dugaan ini dan untuk mengukuhkan lagi kewangannya.
Jangan suka mengungkit, jangan suka menyindir. Jangan suka buat memek muka yang menjengkelkan. Dan JANGAN! JANGAN! JANGAN SEMUANYA*tuju pada diri sendiri. 

Hanya Allah lah tempat aku mengadu dan meminta. Semoga Allah melindungi dan memberkati hubungan kami sebagai pasangan bertunang. Dan aku memohon diperkuatkan lagi kesabaran untuk melalui semua dugaan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat aku.

Bagi pendapat aku, tunang ini adalah salah satu tiket untuk kita ke alam perkahwinan. Tiket kesabaran, ketahan, ketengkalan menempuh dugaan yang datang. Sekurang kurangnya, kita dah rasa macam mana keperitan masa bertunang dan nak handle untuk selesaikan masalah itu. Banyak yang kita dah belajar masa bertunang. Jadi kita boleh memperbetulkan kesilapan kita yang dulu yang kita jahil dari semua aspek. Alam perkahwinan lagilah macam macam dugaan yang datang bila dah hidup bersama. Akan datang dengan anak-anak lagi. Semoga diperkuatkan lagi kesabaran itu.

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. 
Kita harus pandai mengawal keadaan. Berusahalah untuk memacak tiang masjid agar tiangnya itu utuh dan tidak rapuh. Bertahanlah dek panas, hujan, ribut dan petir yang melanda.
Sebelah kaki dah pun melangkah, hanya tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. 
Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

Tiada rasa KETABAHAN tanpa ujian
Tiada rasa KEHAMBAAN tanpa keresahan
Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kepayahan

Moga ALLAH memberi kekuatan dalam keperitan

Maaf, panjang sangat cerita. Aku nak berkongsi pengalaman aku dan untuk semua juga. Terima kasih :)

bintang kecik : semoga jodoh kami diperkuatkan lagi sehingga ke syurga. Doakanlah kami. Wassalam

Tuesday, November 27, 2012

Bersiar-siar

Assalamualaikum w.b.t
Hai kalian. I just nak share gamba jerk. Harituh kami bawak family cik tunang berjalan-jalan dari Johor hingga ke Kolumpo. Dari Johor sebab cousin dia kahwin. Dapat orang Johor jugak. Haa nanti boleh balik kampung sesame ea. Hahaha
Masa time nikah tuh, kita duduk blakang pengantin lelaki. Masa dia nak akad nikah tuh, kita pulak yang nangis. Ekh? Macam kita pulak yang nikah. Rasa sebak tuh macam kita pulak yang jadi isteri dia. Cik tunang dah pandang lain macam jerk. Hahaha Tok Imam tuh pun buat lawak. Meriah lah jugak suasana tuh.
Disini, saya nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua pasangan mempelai iaitu HAFIZ & HAZWANI. Semoga kekal dan bahagia hingga ke ke syurga. Aminn ya rabbolalaminn..

HAFIZ & HAZWANI

Rombongan Pihak Lelaki