Tuesday, July 12, 2011

Kesengsaraan

Kepala rasa pusing
Otak rasa bergetar
Hati mula runsing
Diri mula menggeletar

Hati rasa sakit
Dendam mula membara
Jiwa rasa perit
Diri pula melara

Jauhkan aku dari rasa begini
Hilangkan perasaan rasa benci
Marah, sedih, sakit semua ada dalam hati
Diri ini sudah tidak mampu nak berlari

Aku pohon jangan buat aku begini
Mulut tidak terima kari, dal atau lemak cili api
Janganlah kau cari masalah dengan diri ini
Kerana kau menyesal pada kelak hari nanti.

Maafkan aku..

Tuesday, July 05, 2011

Kesakitan

Tiba tiba pulak dapat penyakit. Balik JB demam, balik Selangor balik sakit mata pulak. Haish
Hari nih terpaksa pergi Hospital. Aku dah la malas nak menunggu. Dengan orang yang macam ulat. Haaaaa semputttttt..
Actually semalam dah pergi klinik. Tapi doktor tuh suruh pergi hospital. Dia bagi mc dengan surat. Aku nih kalau boleh nak elak pergi hospital tapi tapi tapi.. doktor tuh suruh pergi jugakkk.. Haaaa semputtttttt..
Ekh Leyn nih. Tak memasal kene baling selipar. Okeh cukup.
Pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Haaa hambik kau nama penuh aku bagi. Haha
Yang sedihnyaaa.. Emm saya pergi sorang soranggg.. Tak ada orang nak temann.. Selama aku belajar kat sini yang dah dekat SETAHUN, tak pernah lagi aku naik bas sorang sorang. Ekh memang tak pernah naik bas la dekat sini. Selalu naik keretaaa. Awww. Rasa sedih sangat tadi. Dah lah tengah sakit, tak ada orang nak teman. Nasib sakit mata jerk, hesh sakit mata pun pemandangan yang aku lihat semuanya kabur. Cover baik jerk buat buat nampak. Padahal hampir salah bas. Dapatnya kalau patah kaki? Jatuh berguling aku kat jalan tuh pun rasa dah macam rumput karpet. Phewwww !
Heyyy nanti. Cerita tak habis lagi, sabaaaaa.. Haha tengah sakit sakit pun sempat lagi berjalan ke Jusco. Halaa saja nak cari Downy. Peh peh peh setakat nak cari Downy tuh macam kat kedai biasa tak ada kan. Alasan !
Harap harap sakit mata nih cepat sembuh. Puh puh puh haakkk tuii. Dah baik. 
Mesti bosan kan baca? Aku pun rasa bosan. Haaa anak monyet main cawan kaca, kalau bosan tak payah baca. Idios! -.-

Monday, June 13, 2011

Mendalam

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Sunday, June 12, 2011

Malikulukukilikili

Caption tuh dah kenapa? Haha kalau baca mesti anda tahu siapa bukan? so undi lah JAMBU dan hantarkan ke longkang. Wawawa
Ouh dugaan. Balik Jb terus demam. Habis satu badan tak larat.
Tapi awal awal lagi aku dah kene booking tolong bapak aku kat kedai. Memang betol betol dia rindukan aku kan? Nampak sangat dia nak tengok aku depan mata dia. Hahaha
Then ibu plak pergi Negeri Sembilan tinggalkan aku. Dia cakap dia nak buat Negeri Sembilan jadi cukup sepuluh. Haish see? Balik jb pun aku kene tinggal sorang sorang kat uma.
Nasib lah ada abang yang baik hati. Hahaha baik kee? Pheeww rewmpitss ! Haha
Dia teman aku kat rumah. Aku cakap nak pergi makan bubur dia bawak. Aku cakap nak pergi tengok wayang, dia bawak. Cuba kalau aku mintak dia duit? Haa makan tahun jugak dia nak bagi. -____-
Tapi macam care plak dia kat aku. Siap tepon tanya dah makan ke belum. Awww kau nih bang macam boypren aku plak. Kikiki. Terharu plak dengan sikap dia. Kalau tak dulu ada jerk benda nak digaduhkan.
Aku tahu dia rindu kat aku. Dah lama tak balik tengok muka dik dia yang comel lotey nih. Wawawa Perasaan uoolllsss. Hee

Ouh harap demam nih cepat rebah. Aku dah lah susah demam. Bila dah demam sekali paham paham jela susah nak baiknya. Sebab dia bergantung pada tuannya yang mengada ngada. Ouch!
Sebelum terlupa. Saya cuti selama 2 minggu. Ulang suara, 2 MINGGU. Kejap jerk kan 2minggu? Apa punya kolej pun taratahu. Jadi pada kawan kawan yang terbaca tuh, paham paham la. Saya rindukan gepren gepren saya yang kat sini. Bila la dapat ketemu.
Dan saya rindukan jugak orang jauh disana. 2Minggu itu terasa amat lama bagi saya. Hmm Tunggu yer awakk :')

Sunday, June 05, 2011

5 Hari Lagi !
Menanti hari untuk pulang ke Jb.
Tak sabar rasanya cuti sem nih.
Tapi sayang. Tak lama. Hanya 2 minggu.
Sedih bila nak pisah dengan twin saya nanti.
Rasa macam nak balik Jb seminggu pergi Kedah seminggu. Haaa cukup 2 minggu balik kolej. Pheeewwwwww !

Tuesday, April 19, 2011

Tajuk?

Malam nih rasa macam kosong. Yer ZERO ! Ape kes? Hehe
Sekarang nih aku tengah sangkut. Habis kering poket baju seluar beg. Dengan assigment yang melambak-lambak kene print. Phewww ! Memang laju duit aku seperti air terjun melompat ke dalam peti Cashier tuh. Lalu duit seringgit pun menggoyangkan pinggul dengan bebasnya di dalam Purse aku nih. Lihat? Nampak tak permainan dia? Betapa luasnya ruang dalam Purse aku tuh. Haihh
Bila la Miley Cyrus nih nak bayar balik hutang dia dekat aku. Dulu pinjam sebab nak pergi tukar nama dekat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Yerlaa malu orang panggil dia Hanah Montel. Tetiba dapat pulak berlakon dekat cerita Hanna Montana. Wahhh ! Tak sia-sia tukar nama terus meletup jadi artis. Tapi sejak dah kaya nih terus lupa dekat aku. Haih aku malu nak tegur dia mintak hutang. Maklum la, dia mana kenal lagi orang kampung macam kita. Hahaha
Seriously, rasa kasihan dekat parents aku sebab tiap-tiap minggu kene bagi duit. Bila aku talifon, terdengar keluhan di hujung talian, hmm rasa sayu kerana selalu menyusahkan mereka. Maafkan adik. Tak tahu nak berjimat macam mana lagi. Dah cukup jimat-jimat la sampai makan Mcd tiap-tiap hari. Haha
Biasala kais pagi makan KFC, kais petang makan MCD. Phewww ! Sebab tuh duit macam air. Aku tanak keluarkan duit tuh dari ATM, tapi aku seakan-akan terdengar dia menjerit cakap nak keluar. Apa aku boleh buat, aku tak mampu nak dera dia duduk dalam Bank tuh lama-lama. Haha
Tolong laaa. Tak mampu nak berjimat macam mana lagi. Takkan nak puasa tiap-tiap hari? Orang belum sambut Ramadhan lagi, aku dah sambut dulu. Betapa gelojohnya kan? Apa yang termampu, saya akan cuba berjimat sampai Tokey kedai D'mart datang mintak hutang dekat Pakcik Mat sebab beli minyak Gamat. Hadapinyalah dengan Cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Idios Omigos makan nasi bungkus.

Friday, April 15, 2011

Kelamaan

Rasanya sudah lama Hamba tidak ber-belog nih. Ish ish Hamba terlalu ke-buzy-an tahap guban. Hehehe
Kasihan ya pada belog Hamba ini. Haish buatnya kerabat diraja baca maunya aku kene gam. Main-main ea kau leyn.
Salam sejahtera kepada semua. Macam lah ada orang baca belog kau nih. PERASAAN.
Tak apa. Aku tak minta pun belas kasihan anda semua untuk membaca coretan saya di sini.
Di sini ingin saya ceritakan,
Gelang tangan saya HILANG ! Haaa nak menangis tahuu. Hmm dah lama pakai baru nak hilang.
Mula-mula tuh aku pergi main try-try gelang kat kedai tuh. Gelang kat situ cantik-cantik. Entah berapa banyak gelang tah yang keluar masuk daripada tangan aku nih. Aku tak jadi beli sebab mahal sangat. Memang jakun bukan? Haha. Sabaa.. Baru main survey survey. Hee
Tapii.. sampai jerk kat kelas aku tak dengar pun bunyi gelang aku. Bile aku tengok kat tangan aku..
Huh ! Hanya tinggal satu. Caitt ! Manakah lagi satu? Haishh.
Aku rasa lah gelang aku mesti tertinggal dekat kedai gelang tadi tuh taw. Yelaa asik keluar masuk keluar masuk gelang, ekh gelang aku plak yang tertinggal. Grhh.
Gelang aku tuh entah entah dia suka sebab tengok ramai kawan dia yang cantik cantik kan dekat situ. Dasar gelang gatal ! Hahaha
Huww walaupun dia hanya gelang. Tapi aku sayang kot. Hanya itu saja yang aku ada kenangan sidia.
Esok aku akan pergi ke kedai makcik tuh. Aku harap gelang tuh masih ada lagi disitu. Kalau aku nampak makcik tuh dia pakaikan anak kucing dia gelang aku, memang aku tarik misai kucing tuh sampai habes. Hahaha

Tuesday, March 08, 2011

Persoalan ?

Wooopp wooopp oupp patin.
Selamat malam. Salam satu Malaysia kepada semua.
Awat ceq rasa perasaan ceq ini malam agak berlainan dari hari hari biasa?
Apakah macam katak dapat bunga ? Monyet tertelan belacan ? Atau mungkin kucing menanti saat saat tumbuhnya misai yang berbuah ?
Haha agak janggal bunyinya. Usah dihiraukan. Mai ceq nak habaq kat hangpa semua nih.
Sebenornya ceq rasa kepala ceq dok pikiaq seseorang. Hati dok berkata sesuatu. Perasaan pun mula menghasut. Haa nampak tak permainan mereka ? Hee
Sebenor benor benornya lah ceq jujuq ajer yer. Ceq dok rindukan budak nih.
Haish tension plak dok cakap loghat kedah nih. Nih kes campur dengan budak kedah lah nih. Habes terikut cakap dia orang semua tuh. Huww
Ehemm ! (pembentulan halkum yang hengsem)
Okay kembali stabil seperti biasa. Atceli I nak cakap yang I rindukan you. Aww comel bukan ? Tapayah lebih boleh tak Leyn ? Haish okay okay.
Awakk kita rindukan awak. Awak boleh dengar tak ? Kita dah cuba pos surat pakai gagak putih. Mesti tak sampai dekat awak kan ? Kita rasa gagak tuh sesat. Kita bagi alamat salah kot. Tak pun gagak tuh terbang tinggi sangat sampai excident dengan kapal terbang Kargo kan ? Hmm tuh la susah kalau pakai surat menyurat nih.
Awakk..
Kita rindu nak tengok awak pakai gelang hitam tuh. Comel jerk dengan tangan awak yang gemok tuh. Tapi awak pakai satu jerk. Tak bunyi macam gelang kita. Kita janji nak belikan untuk awak lagi satu, biar sama sama pakai dua gelang, tapi tak kesampaian.
Kita rindu bila awak menggedik dengan kita. Awak sangat comel. Macam perempuan. Dengan kegemokkan awak tuh lagi laa bertambah comel.
Kita rindu bila bergaduh dengan awak. Awak sangat degil. Tapi kita tahu, awak sayangkan kita.
Kita rindu bila nak berdua dengan awak. Awak sangat care dekat kita. Even kadang kadang tuh tersangat la rimas sebab suka sangat melekat, tapi hakikatnya kita suka.
Kita rindu nak snap gamba dengan awak. Nampak saya lebih hengsem dari awak. Maaf yer. Kena lah terima hakikat tuh. Hee
Kita rindu dekat family awak. Family awak tersangat la baik dengan kita. Buka puasa bersama. Family awak sangat memahami perasaan anak muda. I loikeee.
Kita rindu nak tengok awak nangis. Awak nangis comel sebab awak nangis macam budak kecik. Lastly kita yang drive kereta sebab kesian tengok mata awak bengkak.

Tapiii..
Semua tuh tidak akan kembali semula dan berputar semula.
Itulah hakikatnya dan yang pastinya.
Semuanya disebabkan kita sendiri.
Maaf atas kesulitan yang menimpa diri, kesalahan yang diberi, dan kejadian yang terjadi.
Maafkan kita kerana perlakukan awak begitu.
Mulut kata benci, tapi hati kita tak reti nak benci benci orang nih. Serius tipu ! Hee
Tak adalah. Tak pernah terlintas nak membenci awak. Tapi awak patut membenci kita.
Kita memang patut dibenci oleh awak. Kita terima itu. Maaf kan kita atas kesilapan diri kita.
Walaupun cerita di antara kita dah lama berakhir, sebenarnya kita selalu fikirkan awak, rindukan awak.
Rindu nak tengok gamba kita dua. Pada kita ada sikit jerk. Selebihnya dalam laptop awak. Dah memang pastinya lah awak dah lama Delete kann. -______-
Tapi wat dang jaaaa. Buat tak layannn. Maleh nak dok pikiaq. Nanti orang kata kita dok gila talakk.
Heyy cabui mulut hang. Sat g cabai mulut tuh kang. Haha
Kita doakan awak akan dapat perempuan yang lebih baik lagi dan lebih better dari kita.
Dengar dengar pun macam dah ada. Family pun dah suka. Alhamdulillah. Jaga lah relation tuh dengan sebaik mungkin. Tengok awak pun makin BAM BAM. Okay lah tuh ada orang jaga. Senang hati kan.
Kita pula? Ouh gembira jugak lah macam nih sebab awak pun gumbira. Boleh tak ? Tak boleh? Tak apalahhh -___-
Pembentangan ini tidak ada kena mengena sekali untuk tarik perhatian atau mula berjinak jinak untuk kembali. Ini adalah hanya untuk luahan perasaan sahaja yang laju macam air dan di curahkan ke dalam gaung blog nih.
Aku tahu aku bukan terbaik untuk kau.
Itu sahaja lah pembentangan saya untuk hari nih. Terima kasih.
Hinggus aku meleleh. Boleh tulun lapkan tak ? Hahaha :'D

Sunday, February 27, 2011

Pesanan


Aku nak mintak maaf awal awal ea. Mari sini aku nak cakap sikit pada semua orang.
Aku tak suka bila orang dah baca blog aku nih then nak terbawak bawak cerita sampai dekat luar. Sampai kejar kejar aku nak mintak sign lah. Ish jangan lah sampai macam nih. Tak memasal aku femes tanpa bernyanyi. Karang Faizal Tahir tak dapat cari makan pulak. Then Kejar kejar aku sampai nak pukul aku sebab cerita aku. Haa part yang nih lah paling aku tak suka. Ada ke patut aku yang berkarya dekat blog aku nih, ada orang nak pukul aku? Ish patutnya aku yang pukul diri sendiri nih sebab pening nak buat cerita sendiri. Nih orang lain yang sakit hati sangat orang tuh pergi pukul aku. Kalau ada yang lepas pukul tuh dia terus bawak pergi kliknik tak apa. Kalau ada yang lepas tuh pukul tinggal jerk? Hey ! Kau ingat tounch N go ea?
Nih lagi satu, kalau jumpa aku, cerita pasal blog aku, penulisan aku atau pasal cerita aku. Hey hey kalau kau orang puji tak ape. Bertambah kembang plus malu lah nok. Sebab tuh aku tak suka kerana ini akan terjadi. Heee gurau. Perasaan kejap. TETAPI, kalau kau cerita yang boleh bawak gadoh ? Haih tuh lah yang paling aku tak suka.
Ini blog aku, cerita kehidupan aku. Realiti ke, tipu ke, itu hak aku nak buat apa sekalipun dekat blog nih. Blog ini ibarat luahan rasa isi hati aku. Kau orang tak ada hak nak marah marah. Hey hey apa masalah kau orang sebenarnya? Meyh aku kasi tarik sikit kain tuh sebab suka sangat jaga tepi kain orang.
Kalau tak suka jangan lah baca lagi BUNGUKS. Kau orang tekan jerk butang CANCEL tuh then tak payah lah sebok sebok nak datang kat blog aku nih lagi nak baca. Haih
Maaf yer ada kata kata yang kesat membuatkan kau orang terasa hati, paru, limpa. Maaf kan aku yer. Haish dah macam hari raya plak nak mintak maaf jerk. Hee
Tapi ini lah yang aku nak cakapkan daripada dulu. Entah kenapa kadang kadang dekat blog ini yang sampai gadoh gadoh. Mak tak suka nokkk. Karang kita bakar jerk blog nih (cakap style cite hantu kak limah tuh) Hee Okay setakat itu jerk pesanan aku. Nak lagi ? Haa tunggu aku ada idea nak bagi pesan apa. Hee idios omigos !

Friday, February 25, 2011

Hye, hello dan salam 1 Malaysia kepada semua reader's. Hari ini mood agak kurang baik dan agak terumbang ambing bagai katak berjalan mabuk. Macam mana tuh agak agak?
Hari ini aku menagis sebab seorang kawan yang aku dah anggap macam kembar aku sendiri. Jatuh bangun bersama. Susah senang rasa bersama. Tapi aku tak tahu la kenapa sekarang nih kami agak dingin. Hmm hal nya disini disebabkan aku masih lagi duduk hostel dan dia dah pun berpindah duduk kat luar. Haa jadi kami sudah agak jarang bercakap. Disebabkan dia tak sihat, dia tak datang ke kolej beberapa hari nih. Jadi bertambah lah aku tak bertegur dengan dia. Tapi kenapa bila dah datang jadi macam nih? 
Permulaan kelas tuh dia tegur la jugak. Aku pun ok. Tapi aku not in the mood pagi tadi sebab BENGGANG punya pasal gara-gara dipermalukan di khalayak ramai atas kesalahan orang lain semalam sampai terbawak-bawak ke hari  nih. Maaf kan aku. Tapi sebenarnya aku ok.
Cuma kau saja. Aku tak tahu kenapa kau marahkan aku sangat sampai kau tarik muka dengan aku 10Meter. Jauh tak agak agak 10Meter tuh? Ke nak jauh lagi. 100Meter? Ish tak adalah. Padahal 10cm jerk kot. Hee
Maybe kau marahkan aku gara-gara aku tak jadi pindah kan. 
Yer ! Aku pasti sangat sebab kau kau dan kau MENYINDIR sehinggakan aku terasa sehingga menikam ke hati dan menusuk ke kalbu. Haa kan dah termasuk jiwang. Okay silap.
Aku bukan tak nak pindah. Tapi aku tak suka tempat tuh. Terlalu bahaya bagi aku. Sebab pindah secara terburu-buru kerana terlalu mengikutkan kata SIDIA yang kau kau dan kau sayang kan sangat tuh. Aku memang nak pindah nak duduk luar. Tapi maaf. Bukan tempat macam tuh yang aku bayangkan. Kita boleh dapat tempat yang lebih elok dan lebih selesa. Sumpah aku tak selesa dengan tempat macam tuh. Sebab tuh aku tak jadi pindah.
Euwww. Kalau lah family aku tengok kawasan  perumahan tuh sah sah lah family aku tak kasi pindah. Maaf lah. Test tinggi sikit. Hee Tapi aku ada pilihan aku sendiri. If aku nak pindah pun nanti aku akan cari tempat yang ok. Aku dah penat sebab terlalu ikut kan kata orang. Bila aku nak bertindak ikut kata hati aku sendiri ? Kerana terlalu menjaga hati orang aku rasa aku tak ada penderian. Maaf kan aku. Aku harap kau tak baca blog aku. Kalau kau baca sekalipun, aku tak nak benda nih jadi masalah kita diluar dan boleh jadi gadoh. Yer kau kau dan kau semua gangster. Aku lemah. Aku ngaku tuh. Tapi sampai bila nak perlakukan orang? Setiap orang tak akan dapat lari daripada buat kesalahan. Hmm
Aku mintak maaf kawan. Aku tahu kau benci sangat dekat aku. Kau datang hostel, tapi aku nih kau buat tak nampak. Hmm tak mengapalah. Aku faham. Aku tak paksa kalau kau dah tak nak kawan dengan aku. Mati nanti pun aku orang sorang sorang masuk kubur jugak.
Ouh yer, kepada cik Tina, aku dengan Shasha rindukan kau. Kita orang sunyi bila tinggal berdua dalam bilik. Aku dah tak dengar kau gadoh dengan Shasha. Dah tak ada lagi yang kejutkan kita orang pagi pagi. Sumpah dohh.. Kita orang rindukan kau sebab kau satu bilik dengan kita orang. Jahat mana pun kau, geram mana pun kitaorang kat kau, tapi  kau tetap kawan  kita orang. Tido pun sama-sama. Hmm aku harap korang semua dapat jaga diri dekat lua sana.
Okay leyn. Stop cerita sedih sedih. Happy sikit. Hee
Maaf aku tak dapat nak menaip. Terlalu taching. Meleley dah hingus nih. HAHAHAHAHA :"D

Friday, February 18, 2011

Kelepasan

Ekh hello ? Ouh dah silap. Kita orang islam. Salam 1 Malaysia :)
Sebenarnya ini perkara ini dah lama nak cerita. Tapi tak berkesempatan nak mengonline. Huww
Alhamdulillah. Akhirnya aku lulus jugakk. HAHA lulus apa? Ehem ! Lulus ujian JPJ. Yeahh ! Kemain taw abang JPJ tuh menggatal. Tapi sekurang-kurangnya kau lulus kan akuu. Awww. Nasib la kau baik. Toce toce. Lepas nih dah boleh round the world laa sebab kita dah ada lesen. Ulang suara, kita da ada LESEN. Bukan lesen lori, tapi kereta ajer. Baru P kot ? Jakun bukan ? Ahh lantak laa. Janji aku da lepas satu azam aku di 2011. Suka sangatt.. Tapi lesen tak dapat lagiiii.. Tak mengapa. Nati bapak aku post kan lesen tuh. Ngehhh !
Boleh la aku drive sendiri jalan kat KL nih. Ngehhh.. Tapi sedihh. My girls semua jauh jauh. Hmm kat sini siapa ajer la yang aku ada. Tapi semua bukan kaki jalan. Haihh tersangat la sakai sebab penuh dengan tapi tapi. Eeee choooii !
Macam mana reaksi wak Aris kalau kalau aku bercakap begini. Ehem ! Testing testing.
AAAAYAHHH ! NAK KERETA SWIFT 1 BOLEHHH ?
Pangggg ! Sejauh 5 meter aku terpelanting sebab bapak aku bagi 1 penangan yang hebat. Jiran jiran hanya mampu melihat. Hello ? Korang ingat ini free show kee ? Haaa jangan terlalu taksub mempercayainya. Ini hanya satu rekaan semata mata dari kepala otak yang shoortt. Huww
Kalau lah aku ada kereta, kan senang nak berulang alik pergi kolej. Senang nak kesana-kemari. Ermm ingat nak kerja. Buat part-time macam dulu. Seronokk dan beronok ronok nokkk..
Tak apa laaa.. biarlah aku berangan-angann.. Idios ! -___-

Thursday, February 17, 2011

Remind


Life so endlessly
Saw beyond what other see
I tried to heal your broken heart with all that I could.

Will you stay ?
Will you stay away forever ?

How do I live without the ones I love ?
Time still turns the pages of the book it's burned
Placed and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

I love you
You were ready, the pain is strong and urges rise
But I'll see you
When it lets me
Your pain is gone
Your hand are untied

So far away
And I need you to know

28sept2010
From Him

Saturday, January 29, 2011

Double Trouble

Woot-Woot ! Ehem. Maap. Lama kot tak update blog. Teramat amat la busy dengan final exam nih. Huww Halaa kau jangan nak perasan laa. Bukan nya ada orang baca pun entri kau nih. Orang-orang tuh lagi tak kesah kau hapdet ke tak. Tee-Hee
Haaa sebenarnya kan kan, ada cerita disebalik cerita yang ingin diceritakan kerana ada sebuah cerita yang bergantung kepada cerita sebenar daripada sebuah cerita palsu karya sang pencerita. Kau orang paham? Tak paham? Haa aku lagi tak paham. Tepuk dahi sikit.
Ehem. Atceli kan, aku nak story sikit pasal problem aku dekat kolej. Hmm sedih kot. Ramai member kolej aku nak berhenti. Semua budak batch aku. Kalau sorang dua tuh aku boleh accept lagi, nih boleh dikatakan hampir semua. Boleh kira pakai jari berapa orang jerk yang still nak stay. Memang la aku tak nafikan kolej nih banyak masalah. Sistem dia pun agak tak betul. Aku malu la nak cakap pasal kolej aku nih. Tapi tak tahu la macam mana aku boleh tercampak kat sini. Aku rasa macam pekerja kilang kot ? HAHA. Maybe rezeki aku kot kat sini. Nih semua permintaan mak aku suruh belajar kat sini. Jadi aku turutkan. Lagipun dia lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Hee
Kembali kepada cerita asal. The point is, budak class aku gadoh dengan Lecturer N. Bukan sorang dua yang pergi jumpa. Ramai ramai beb pegy jumpa Lecturer N tuh. Berdebat mulut. Dekat depan budak laki lagi. Giler kau. Tak pernah aku terfikir jadi macam nih. Nasib budak-budak nih tak bagi satu kat muka Lecturer N tuh. Kalau tak memang nahas giler la. Lecturer N tuh aku tengok da takut giler. Dia panggil Lecturer aku yang sorang nih, Lecturer I. 5jam kemudian, bersurai.. Okeh tipu. Tak sampai bepe minit tuh, dorang semua keluar dari class budak Elektrik. Aku tak tahu dorang selesaikan macam mana. Tapi still tak puas hati lagi. Time tuh aku memang kat luar. Seram sejuk kot perut aku tengok dorang dari luar. Aku bukan kaki gadoh. Sebab kaki aku tak ada tulis pun, kaki gadoh. Haha. Haa dalaa ada akak sorang budak class aku nih memang kaki hangin. Da banyak kali kes gadoh kat hostel. Takut aku dengan dia sampai gugur bulu ketiak aku. Huww
Haa tahlah. Aku dengar cerita, dorang buat meeting pasal budak class aku. Ada orang cakap, Lecturer N tuh sampai isi borang berhenti. Wow! Tak terkata jap. Hurm
Aku sekerang nih agak buntu. Samada aku nak berhenti sampai sem nih or aku akan continue lagi. Aku tak nak terlalu ikut kan perasaan atau terlalu ikut kawan. Kita yang nak belajar, kenapa mesti kita ikut orang? Tapi cuba bayangkan, yang tinggal hanya 3 orang daripada 20 lebih. Haihh
Aku tersangat buntu. Lecturer - lecturer kat sini pun aku rasa macam budak budak. Patutnya dia tolong student dia sampai berjaya. Ini tidak, dia plak nak jatuhkan kita sampai kita tak lepas dengan exam-exam tuh. What the duck ? Mana tak nya sampai budak-budak nih hangin dengan Lecturer kat situ. Hmm pelik aku dengan kolej nih.
Apa yang aku fikirkan, aku kene buat solat Istikharah. Nih apa yang mak aku pesan. Kita dalam kebuntuan. Pasti DIA akn menolong. InsyaAllah. Tapiiii.. bilanya aku nak buat? Haa pemalas giler kot bangun tengah pagi. Bunyi jam loceng pun aku tutup cepat-cepat then tido balik. Kurrrrrr
Hari berganti hari, tak lama jerk lagi. Apa boleh aku buat ? Hmm :'(


Kawannn.. Jangan la tinggalkan aku :'(

nota kaki * Tengok budak yang tengah tuh. Gambar yang memburukkan bertambah lah buruknya dengan adanya muka aku yang buruk tuh. -____-