Thursday, December 09, 2010

Kepergian

Kobun Binti Darjo
Yang telah pergi kerahmatullah pada 6 Disember 2010
Selamat tinggal nenek tersayang.
Semoga Roh muh dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Akhirnya, saya dah pun kehilangan kedua-dua nenek dan atuk belah ayah dan juga ibu. Jadi, saya tidak akan dapat merasa lagi kasih sayang seorang nenek atau pun atuk, tiada lagi keseronokkan apabila beraya dikampung. Sungguh! Aku merasa kesedihan. Dia pergi juga meninggalkan semua orang setelah ia koma selama 2minggu di hospital. 
Akhirnya Tuhan lebih sayangkan dia. Alhamdulillah aku diberi pinjaman untuk merasakan kasih sayang seorang nenek yang kuat tanpa arwah atuk sekian lamanya. Terima kasih Tuhan. Kau berikan pinjaman yang begitu beharga.
Kau berikanlah kekuatan kepada diri Ibu ku agar kuat menghadapi pemergian ini. Dan begitu juga aku, agar dapat menghargai jasa seorang Ibu, dan kasih sayang yang ia beri. Hargailah dia selagi dia masih ada. Berikan aku kesedaran agar tidak melukakan hati seorang perempuan yang bernama IBU.

Saya sayangkan Ibu saya Pn. Rubiah Binti Kastari.