Friday, December 31, 2010

Coming !

Ehem. Nih pic kat i-city. Saja nak kongsi-kongsi. Last weekend pergi. Teman kan makcik yang nak sangat pergi. Padahal dah bosan. So, layankan jelaa. Hee

Hmm tak sangka pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru pun. Nasib baik pejam boleh celik balik. Buatnya pejam tak celik celik ? Haaa

Kesian Cik 2010 sedih kerana sedang meniti hari hari terakhirnya untuk meninggalkan semua kenangan yang tercatat dalam sejarahnya di setiap pelusuk dunia. Cik 2011 pula bersorak gembira akan kemunculannya yang tinggal beberapa hari lagi dari sekarang untuk membentangkan kain putih berseri yang entah berapa inci yang dibelinya daripada Miri.

2010 telah membuatkan aku memenuhi nota-nota hidup segala perjalanan aku di lorong lorong yang berliku lagi berlekuk lalu terpijak lecak. Euwww kan dah basah selipar ! Haha. Terlalu banyak kenangan, kepahitan, kesukaan dan kedukaan bagi aku di 2010. Kisah persahabatan, kisah cinta.. Wow ! Sungguh menakjubkan. Haha kenapa saya suka ? E'em (menggelengkan kepala). Aku cuba cover untuk bertenang supaya tidak menitiskan air hinggus yang menghijau. Karang kau kau dan kau geli plak nak baca blog aku sebab melekit. Ngeh ngeh ngeh .
Aku akan ambil ikhtibar apa yang dah berlaku pada diri aku di tahun 2010. Tambi tambi, ane ane dan juga minachi minachi sekalian, di sini saya menulis (memang la menulis, bukan ada microphone pun nak bercakap) saya menyusun kesemua 20 jari kaki tangan saya untuk memohon maaf kepada sekalian sekalian yang berada di rumah mahupun di tepi tepi lorong lorong gelap tuh. Heppp ! Cabui na mulut hang. Tapaq sat lagi kang, berdarah gusi dan gigi. Hee Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kalian yang telah memeriahkan dan menyerikan hidup saya dengan lampu lapliplaplip hari raya. Dah macam hari raya plak aku rasa. Argghh ! Persetankan.

Haaa 2011 ! Aku mengucapkan selamat datang. Tak payah la kau nak berlari lari macam filem hindustan tuh. Dengan kain putih dia tuh. Konon laa terbang terbang gitu kene tiup angin. Haha okeh, aku dah mula merepek lagi mencarut. Actually nak cakap selamat datang ke dalam hidup aku dan juga semua orang dalam dunia ini. Ehem ! Kain putih tuh berapa hengget satu inci? Nak beli jugak untuk budak sekolah. Haha okay stop mencarut -__-
Hmm aku harap 2011 nih aku menjadi lebih matang dalam segala hal. Dapat juga menjadikan aku insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang sambil berlari lari membawa bendera Malaysia. Hahaha
Ouh lupa. Ape Azam tahun baru aku haa? Erm jap jap aku try tanya Azam anak pakcik Sood belakang Rumah Tok Janggut yang dekat dengan sawah tapi ada loji. Apekah ? Haha
Serius azam yang betol betol azam tuh macam tak ada jerk ? Haaa nanti saya pikir-pikirkan ea. Muah muah. Idios Omigos anak si jongos *wink

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA !


Mari ramai ramai kita goyangkan pinggul ikut suka hati ke kiri atau ke kanan sambil tangan menghala ke depan dan Oyeah Oyeah. Hahaha
Haha TAHNIAH aku ucapkan kepada pemain-pemain Malaysia yang dah bertungkus-lumus bergusti-gasta bergasak-gasik bercium-ciam dekat padang bola kerana sudah mengharumkan lagi mewangikan nama Malaysia dalam perlawanan MALAYSIA VS INDONESIA.
Perlawanan memang agak cuak lagi menggerunkan kerana Indonesia terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol, tapi apakan daya, gol keeper Malaysia, Fahmi tuh sangat cekap. Kenapa aku perlu cakap macam nih ? Da macam pengacara tv plak. Hee abaikan.
Seronok tengok bola. Kalau sebelum-sebelum nih aku tengok bola orang lain yang menjerit. Kali nih aku tengok aku yang menjerit. Haha pemain pemain Malaysia pun kebanyakkannya yang muda-muda lagi bergetah. Pemain baru la senang kata. Awww cool.. ^o^
Dengan kemenangan ini jugak lah Malaysia diberikan PUBLIC HOLIDAY. Haha seronok seronok seronok. Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Semoga Malaysia mampu menaikkan nama negara dalam sukan dan lain-lain.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ! Haha idios omigos *wink

* bintang kecik - Maaf atas kesalahan tatabahasa dan pemahaman berikut.

Friday, December 24, 2010

Double L #1


What theee ? Fuck ! Haa aku tak pernah pernah nak maki kau okay. Tapi aku rasa kau yang mintak. Aku tak pernah rasa nak benci kau, tapi kau jugak yang mintak. Yer ! Dan sekarang aku benci kau. Puas hati ?

Ekh enough laa. Benda dah lama okay.  Even aku yang buat hal sekali pun, aku tak pernah nak mengungkit apa yang aku pernah bagi pada kau. Hello ? Aku rasa first time aku dapat kenal lelaki macam nih. Sejahat jahat lelaki yang pernah aku kenal, berbanyak habis mana pun duet aku atau duet dia, tak pernah lagi aku dengar mereka mengungkit. Sebab dari awal aku dah pernah pesan aku tak suka nak pakai duet orang atau orang tuh berhabis duet pada aku, nanti satu hari mesti mengungkit. Yes ! Aku tak pernah dengar lagi mereka mereka tuh mengungkit even sekarang nih aku still lagi kawan dengan mereka mereka tuh.

And now aku rasa kau la lelaki yang pertama mengungkit balik apa yang kau dah pernah bagi pada aku. Siap mintak balik. What thee duck ? Ekh aku bukan tak nak bayar la. Tapi cara kau memang cantikkkkkk. Padahal dulu aku dah pesan aku tak suka kau belikan macam-macam , banyak habiskan duet pada aku. Kau yang nak bagi, bukan aku yang mintak. Sebab mungkin kau akan ungkit balik satu hari nanti. Tapi kau kata tidak. Kau ikhlas apa yang kau bagi pada aku. Maybe ada la 1 2 3 aku mintak. Tapi kebanyakkan semua kau yang nak bayarkan, kau yang berikan. Dan sekarang ? Kau nak mengungkit ? Sumpah aku tak suka dengan cara kau.

Kau nak maki aku, maki laa. Aku tak kesah. Kau nak benci, benci lah sebab aku tahu kau memang dah bencikan aku. Even aku yang buat hal sekalipun, aku tak pernah nak buruk burukkan kau dekat orang lain. Ramai tanya kenapa aku dengan kau clash, aku senyap. Walaupun itu semua salah aku, tak pernah aku nak burukkan kau even kau ada keburukkan kau yang aku tahu. Aku masih ada rasa hormat lagi pada kau sebab kau dan family kau terlalu baik pada aku. Aku terharu sebab jumpa family yang baik macam tuh. Tapi aku terlalu rendah. Aku tak layak untuk bersama Family kau.

Tapi sekarang maaf. Aku langsung tiada rasa hormat pada kau lagi. Hanya kau seorang ! Bukan family kau.
Hmm dasar lelaki. Kalau dah namanya lelaki memang lelaki. Memang aku amik ikhtibar la apa yang jadi pada aku kali nih. Aku akan lebih berhati hati dan kuat pada pendirian aku.

Dan kepada kau, aku akan bayar balik apa yang KAU dah pernah bagi pada aku dulu. Pemberian yang TAK IKHLAS dan juga TAK HALAL tuh. Terima kasih atas semuanya. Aku hargai apa yang kau buat pada aku dulu dan sekarang.

Sumpah aku sedih dengan sikap kau. Kau nak balas dendam ? Silakan. Aku masih ada Tuhan yang mampu melindungi aku. Kalau kau rasa nak aku mati, datang bunuh aku baru kau puas hati bukan ? Selagi aku tak mati selagi tuh kau kau tak puas hati bukan ?

Aku tak nak blog aku kene gam sebab dalam blog aku ada maki memaki. Aku nak blog aku bersih. Tapi aku terlepas jugak. Maaf. Hati sangat tidak tenteram, nafas turun naik, jiwa meracau, kepala runsing. Maaf atas kesalahan kata kata kasar dan kesat aku nih.

Thursday, December 23, 2010

Amnesia #1

Texting..




.......





Kau hilang..









Aku talifon..














Hanya voicemail yang menjadi jawapan..




Mengapa kau menghilang secara tiba-tiba ? Bukan sekali, tetapi berkali-kali sejak kita duduk berjauhan. Aku mula cuak. Aku cuba memujuk hati agar bersabar. Tetapi hati aku berkata tidak. Ada sesuatu yang dia lakukan. Kemanakah dia pergi ?


Aku cuba menenangkan diri dengan meng-online







Tidakk !


Hati aku tetap tidak tenang..


Fikiran menerawang memikirkan dia.


Kenapa? Mengapa?


Aku cuba tenang..




Tidakk !



Lalu aku mencapai telefon bimbit.

Jari jemari rancak menekan satu persatu setiap nombornya..

Butang hijau ditekan..









Hanya deringan yang mengiringi.
Hanya voicemail jawapan yang diberi.




Aku cuba lagi..




Lagi..









Dan lagi..









Tapi ternyata hanya sia-sia..



Aku menyendiri.
Aku bermonolog di hati. 



Aku hanya..




Ditemani malam.
Diselimuti angin.

Diperhatikan bulan.
Diintai bintang.

Diiringi irama cengkerik.
Dinyanyikan katak.



Aku menjadi sedih..




Apakah yang berlaku kepada kau? Apakah yang terjadi ? Dimanakah kau ? Kenapa perlu tinggalkan aku begini ? Mengapa kau jadi begini ?



Apakah aku yang tidak memahami kau ?
Dimana silapnya ?






Aku..




Terlalu sayangkan kau.




Aku..




Terlalu cintakan kau..




Aku..




Terlalu rindukan kau..




Aku..




Terlau risaukan kau..





Apa kau mengerti akan semua ini?



Ternya tidak.




Kau berhibur tanpa memikirkan aku.




Kau Egois.



Tapi..







Kenapa? Tak memahaminya atau mahu penghujung cerita? Tak ada apa yang menarik dalam cerita nih. Hanya rekaan semata-mata. Rekaan tanpa orang memikirkan kebenarannya dan kewujudannya. Mengertikah akan cerita tersebut ? Tidakk ! Ternyata hanya aku yang memahaminya. Maaf. Aku terlalu mengikutkan nafsu perasaan yang mendadak turun dan naik. Nafas yang tersangkut. Nyawa yang tergantung.

Cerita si Gadis Amnesia

Monday, December 20, 2010

Teringin !

Hey Hoo guy's. Hee sementara kepala otak sedang berpusing pusing memikirkan sesuatu perkara yang gonjol lebih baik aku sumbatkan secepat mungkin ke dalam blog aku nih. Haa aku tak tahu la kenapa sejak dua menjak dan bermenjak menjak nih, aku teringin sangat nak belajar main gitar. Teringinnnn sangattt ! Tolong ajarkan bolehhhh ? *muka kesian. Haha
Aku selalu jugak dengar lagu-lagu yang jenis Akustik. Teringin nak nyanyi sambil main gitar. Mesti aku nampak hegsem kan ? Heee
Pleaseee aku nak sangat main gitar. Hmm yang aku tahu takat main bass jerk. Tak best tak best. Nak main gitar sambil nyanyi. Ala ala macam faizal tahir dan dan Aizat kee, Melda Ahmad tuh. Awwww ! Nampak hengsem gitu bukan ? Hee
Saya mintak tolong sayang saya, tapi dia ajar main bass jerk. Dia cakap tangan kita keras. Tak layak main gitar. Jahat bukan ? Huww.
Tak apa. Saya akan berusaha sendiri. Cepat cepat leyn! Haha.
Tunggu yahh ! Idios Omigos ! Muaakk ahaks *wink

Thursday, December 09, 2010

Kepergian

Kobun Binti Darjo
Yang telah pergi kerahmatullah pada 6 Disember 2010
Selamat tinggal nenek tersayang.
Semoga Roh muh dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Akhirnya, saya dah pun kehilangan kedua-dua nenek dan atuk belah ayah dan juga ibu. Jadi, saya tidak akan dapat merasa lagi kasih sayang seorang nenek atau pun atuk, tiada lagi keseronokkan apabila beraya dikampung. Sungguh! Aku merasa kesedihan. Dia pergi juga meninggalkan semua orang setelah ia koma selama 2minggu di hospital. 
Akhirnya Tuhan lebih sayangkan dia. Alhamdulillah aku diberi pinjaman untuk merasakan kasih sayang seorang nenek yang kuat tanpa arwah atuk sekian lamanya. Terima kasih Tuhan. Kau berikan pinjaman yang begitu beharga.
Kau berikanlah kekuatan kepada diri Ibu ku agar kuat menghadapi pemergian ini. Dan begitu juga aku, agar dapat menghargai jasa seorang Ibu, dan kasih sayang yang ia beri. Hargailah dia selagi dia masih ada. Berikan aku kesedaran agar tidak melukakan hati seorang perempuan yang bernama IBU.

Saya sayangkan Ibu saya Pn. Rubiah Binti Kastari.

Sunday, December 05, 2010

Penyesalan


Hari nih hari Ahad. Hari untuk orang orang berehat. Tapi sekejap lagi aku kene kerja. Tak mengapa laaa. Hmm
Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak nih aku ada rasa menyesal sikit. Ekh silap banyakkk.. Hee
Urm entah laa. Aku tak tawu kenapa dengan diri aku. Aku culture shock ke? Tak mungkin. Sebab aku memang suka berjalan. Suka merayap. Dekat JB aku da biasa keluar dengan membe membe yang ada kenderaan. Tapi dekat sini ? Aku dapat kawan kawan yang ada kereta (contohnya), tapi roomate aku cakap aku berubah. Hmm aku tak faham disitu. Memang larh dulu baru baru masuk aku senyap, aku slow, aku turutkan kata dorang. and now aku da mula biasakan tempat nih dengan aku. Lagipun aku da biasa duduk dekat Shah Alam dan rajin merayap sendiri dengan Si dia dulu. Itu dulu oke? but now susah la dapat kawan yang macam nih. Hmm cuma ada sorang jerk kawan yang selalu faham aku. Tak selalu larh, kadang kadang dia hangin jugak dengan aku sebab lembab macam siput. Hehehe jangan marah ea kawan. Dia nih bukan la budak bilik aku, tapi budak bilik depan. Dia satu tempat kerja dengan aku. Dah banyak bende yang kiteorang share bersama. Dia tegur akan diri aku yang mereka katakan aku berubah. Rupanya perubahan disitu ada maksud yang tersirat. Aku mula faham. Aku mengangis, aku sedih, aku marah, aku geram. Yer, aku tak sempurna. Setiap orang akan buat silap. Aku marahkan pada diri aku. Sejak dari itu aku selalu fikirkan ape yang dia bagitau tuh. Aku rasa macam nak jerk berenti belajar. Nak balik JB duduk sana. Tapi aku perlu kuat. Aku perlu berubah. Hmm aku akan cuba kawan. Asalkan daripada dorongan korang semua. Terima kasih kawan. Kau seorang kawan yang baik aku. Aku juga rindukan kawan aku yang dua itu. Dah lama tak berjumpa. Pasti mereka juga anggap aku begitu. Aku mintak maaf kawan aku tak boleh jadi kawan yang terbaik tuk kau orang semua. Maaf kan akuuu..

Friday, December 03, 2010

Kesedihan

Ding Dong ! Hee
Pembukaan cerita, saya nak bercerita dekat sini mengenai anak Pak Mail yang mati tertelan air batu. Adakah anda percaya ? semestinya ya. Yer yer yer cakap la Yerrr. ish !
Urm tadalah. Sebenarnya aku penat bekerja. So, saja nak menghiburkan hati sendiri walaupun tak terhibur langsung. Huww -___-
Kenapa? Nak cakap kita tipu lagi? Ish. Okeh sekarang kita cerita. Sebenarnya sekarang kita kerja sambil belajar. Buat 4time. Abis class jerk kita terus pergi kerja. Balik pulak sebelah malam. Dan akan berulang ulang semula selama 5hari seminggu sebab sabtu ahad kita takda class. Hee Tapi kita kerja jugak taw. Haaa dah hampir sebulan lebih jugak la kita memenatkan diri smapi macam tuh sekali. tapi apa boleh buat. mencari pengalaman sambil bedikari nak beli kari. Hari hari makan kari sampai terpikat dekat cik adik Minakumari. H
Awak nak tawu kita kerja dekat mana ? Ehem ! Rahsia. Takut nanti awak datang tempat kerja kita sebab nak masuk minang. Malu mak kat situ nanti nokkkk. Haha
Halaaa nak tawu jugak ea? urm okeh kita bagitau. Dekattttt.. 

Jengg.. Jengg.. Jengg..

View Image
Tadaaaaa..
Hihihihi.. The Secret Recipe ! Halaa tapayah nak secret secret la. Tada apa yang secret pun. Gempak jerk macam anak monyet dapat makan penyepak. Huh ! seronok la jugak kerja sini. Cuma kadang kadang tuh terasa malas nak pergi kerja. Yelaa mana tak nya. Balik class terus masuk kerja. Dekat tempat kerja tension dengan orang yang datang beramai-ramai membawa kaum. Balik rumah pulak dah malam. Dekat rumah plak nak kene hadap laptop buat assgment yang menimbun sampi ke pagi. Puihhh ! Memang penat tak hengat laa sampai tada masa nak mengonline. Nih pun curi curi online. Heee
Tapi kita seronok kot kerja. Kita tanak nyusahkan ayah kita. Kesian kat dia asik nak bagi kita duit jerk. Hmm
Cuma kita nak cakap, gaji kita bulan nih sikit sangat sampaikan nak meleley hingus Shreek tengok kita. Tapelaa. Salah kita jugak kuat ponteng, asik tak datang kerja, masuk lambat. Haaa padan muka hang ! -__-
Dannn kita da wish nak beli ape lepas cheque da clear. Wehaaa ! idios ^.^

Wednesday, December 01, 2010

KEMBALI !

Yeah ! Sekian lama aku menyepi kini aku kembali. Kasihan pada blog ini yang bagai tiada penghuni. Padahal ada tuan nya yang malas ingin ber-belog. Ekh silap. Bukan malas. Cuma tiada masa nak mengonline. Hmm

Kini aku mulakan dengan LIFE baru, LEYN yang baru dan CERITA yang baru. Kenapa? kau nak cakap aku berubah? Yer ! Aku berubah. Tapi aku harap sangat kali ini adalah Leyn yang kawan-kawan aku kenal dulu.
Aku cuba nak menjadi yang terbaik pada mereka. Aku tahu aku bukan yang TERBAIK tuk kawan-kawan aku. Aku bukan kawan yang baik bagi dorang. Hmm sadis nya !

Dah dah aku tanak nangis. Hee senyum sikit. Haaa kan nampak comel tunjuk gigi macam tuh. Hee

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsi. Banyak sangaaatttttt !

Sekarang nih aku dah pergi belajar. Dah lama dah. Emm hampir 6 bulan jugak laa. Tak lama lagi da nak final. huww bertambah tambah masalah dan tension.

Lihatlah wajah budak yang belajar sekarang nih. Yang lagi serabai dan selekeh. Dah panjangkan rambut ? Maseh maseh. hee

Monday, July 12, 2010

Fakta !

bedasarkan novel novel yang aku pernah baca, contohnya mengenai cinta tiga segi, bercerai berai, kene kawin paksa, bercinta dengan orang lain kawin dengan orang lain dan lain lain.

tapi pernah tak korang terpikir kan yang cerita tuh terjadi pada diri korang sendiri? bukan sekarang pun mungkin satu hari nanti. bohong la kalau tak pernah terpikir kan . mesti pernah punya even sikit pun dan cerita tuh tak boleh nak difaktakan sebab belum terjadi pada diri korang sendiri.

tapi kenapa aku cerita kisah nih?
aku boleh FAKTA kan cerita novel nih sebab apa yang aku terpikir dah pun terjadi pada diri aku sendiri.
aku malu kot nak cerita kat sini sebab kat sini menjadi tumpuan sesiapa saja yang membaca. tapi aku dah tak tahu nak luahkan kat mana lagi.

cerita aku berkisah yang pat kawin kawin tuh .
ouh no mann ! ada orang masuk minang aku la beb. aku bukan main main. ini betul betul. INI SERIUS! haha
betul laa. aku tak tipu. kau nampak muka aku muka penipu ke? *angkat kening.
aku sendiri pun terkejut giler. tak sangka umor aku yang 18 nih ada orang nak sampai masuk minang. opps ! maap. baru 17tahun 9bulan ea. tak cukup umur lagi. tak boleh tak boleh. haha
mula mula tuh masa bapak aku cerita aku tak percaya la jugak. tapi dia cakap dia tak main main terus aku terdiam. ugh !

menagis beb aku satu hari tuh . tak boleh duduk diam. rasa seram sejuk giler. aku sedih kot nak cerita dekat bf aku. tak sanggup nak kecik kan hati dia. sebab tuh aku asik nangis jerk. bayangkan la sampaikan makcik makcik aku tahu. kau tak rasa malu ke? ekh silap. tada kene mengene dengan kau kau dan kau. aku nih yang malu la bagaikan nak duduk dalam peti ais. hanya kaki saja yang terkeluar dan berjalan. haha mesti nampak comel kan? haishhh.

lastly aku cerita jugak dekat dia. jujur la beb. haha ternyata dia sedih. hmm aku mintak maap. tapi buat masa sekarang aku pikir aku nak belajar dulu. aku anggap cerita tuh hanya mainan dalam fikiran aku dan mulut mulut orang.
tapi kalau sudah tersurat jodoh kami aku berserah. memang itu yang telah ditentukan olehNya. kita ini hanya merancang saja. hmm

ekh korang jangan cerita dekat orang taw! malu aku nanti. korang diam diam jerk taw! dah baca tuh senyap senyap. biar pecah kentot di bontot jangan pecah angin di mulut. nanti busuk bawu durian. haa kantoi makan durian nanti. haha

cerita dah habiss. seyum sikit. aww terserlah gusi. ^o^

Thursday, July 08, 2010

Perasaan

apa perlu ke aku rasa perasaan yang macam nih sekali ?
apa perlu ke aku rasa cemburu sehingga begini sekali ?
apa perlu ke aku menangis dengan macam nih sekali ? (alah korang bukan nampak aku menangis)
tapi aku tak tahu kenapa aku perlu rasa macam nih.

yer aku cemburu ! aku jelous ! kan sama maksudnya . sengal. hmm
entah lah weyh, aku sedih kot sejak sejak nih. aku rindu kan kawan kawan aku . aku rindu zaman sekolah aku. sebab itu jerk yang boleh aku banyak masa jumpa kawan kawan aku. aku rindukan diorang.
tapi semua dah pergi belajar tinggal kan aku. mereka dah ada kawan kawan baru. sedangkan aku? masih lagi tercorok di hujung dinding rumah disembunyikkan dengan hantu komkom (sejenis hantu tetek) yang masih berseorang tiada kawan tiada sesiapa.
hmm aku jelous ! yer aku cemburu . (tengok? maksud yang sama lagi)
aku tengok diorang dah belajar. dapat kawan ramai ramai, hangout sana hangout sini. sedang kan aku?
hmm korang tak akan paham perasaan aku macam mana rasa bila berseorang tiada kawan untuk luahkan perasaan. hmm kawannn. aku rindukan korang. korang jerk yang paham macam mana perangai aku. tapi korang dah pun ada kawan baru . mesti korang dah lupakan aku kan? hmm aku mintak maaf kalau aku ada buat silap dengan korang . (crying)

Monday, July 05, 2010

Masa

 semalam spend time dengan family . akak yang 1st tuh balik JB. macam tak ada arah tuju semua nya. haha
mula pergi jusco taman U. tengok tengok dah tak ada apa terus pergi tempat lain. lepak dekat danga plak. boleh plak dorang mesyuarat dalam keta plan nak pergi mana malam an. kalau yer pun keluar laaa. membazir pergi danga setakat nak duduk dalam keta. last last keluar jugakk. snap snap dekat tepi laut. awww. haha 
 
haha okeh. nih plan pertama, diorang nak main badminton. memandangkan badminton tak semua nya boleh main kami tukar plak. plan kedua, main futsal. haha kakak saya mengadung la awak. mana boleh main futsal. mesti nampak comel kan kalau kakak saya yang tengah pregnant tuh jadi penjaga gol. hanya memerlukan kuasa perut saja untuk mengahalang bola. haha dan akhirnya kami plan main bowling saja. heee
malam tuh kami semua main masak masak. fuh ! giler banyak menu malam tuh . haaa tengok laa anak anak ibu masak. haha aku ? tolong mana yang patut jerk. rety plak aku masak nih. haha sambil sambil tuh belajar la jugak. heee then lepas makan baru la semua nya pergi main bowling dekat Daiman Johor Jaya.
 
huh tak abis abis. haha

okeh . ini saya. haha bapak saya terer giler main bowling ! asik strike jerk. huh menyampah taw ! haha ibu plak bukan kemain suka lagi. dia punya markah pun tinggi dari saya. saya hanya mampu membaling dengan penuh semangat dan akhirnya masuk ke longkang. grhh. haha bukan rety sangat pun main. haha
okelahh. kami happening. cuma tak semua nya ada. abang saya tak ada. dia kerja. huww padan muka dia. haha

Sunday, June 20, 2010

Ayah :)

HAPPY FATHER'S DAY AYAH !

( maap picture nya enggak ada )

aww aww mother's day aku tak plak post . father's day aku post. maap laa. sangat bz laa time tuh. hee pape pun i love you mom and dad. heeee sedih sedih aku, aku hargai ape yang dorang buat kat aku . kadang kadang tuh geram jugak kan. ahah tak mengapa laa. mereka cuba buat yang terbaik untuk aku. terima kasih atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai . hee

Friday, June 18, 2010

Kecewa

sekian lama aku tak muncul . kali nih aku muncul sebab aku terlampau kecewa dengan orang sekeliling aku . sumpah aku sedih . kenapa sampai jadi begini? apa dorang tak pernah fikir perasaan aku? apa dorang ingat aku nih masih kanak kanak yang baru nak mula belajar jalan, yang perlu ikut kata kesana kemari ikut telunjuk kemana arah nak pergi . macam tuh ? aku hargai apa yang mereka buat . yer mereka lebih berpengalaman . tapi kenapa tak pernah sekalipun mereka fikir perasaan aku? semangat aku ? aku takut semangat aku akan luntur tak lama lagi. aku nak belajar. hmm sumpah aku sedih . aku rindu kawan kawan aku. mereka semua dah pergi belajar . tapi aku ? masih lagi terperuk duduk bawak ketiak mak bapak aku. nak kene ikut kata adik beradik. aku tawu aku anak last. tak pernah nak bangga kan family aku dengan result yang aku dapat . tapi bagi lah aku peluang nak pergi belajar . aku bukan desperate sangat nak pergi belajar tuh . tapi aku teringin rasa nak pergi belajar. banyak kolej kolej and U yang tersenarai dalam list aku. tapi satu pun tak boleh . nak suruh aku tunggu apa lagi ? memang la yang ada tuh ada . tapi kos yang aku dapat aku tak suka . then kos yang aku nak and tempat dah oke . dorang plak tak bagi . ape bende seyhh . dah last minit cancel . aku sedih siakk !
tapi aku hargai apa yang dorang buat . terima kasih semua . aku tawu parents aku orang susah. susah nak tanggung aku pergi belajar semua . tapelaaa. aku sanggup duduk depan mata dorang, yang boleh menampak kan muka aku nih hari hari sampai jiran aku pun naek jelak . tape . aku tak kesah . aku sanggup berkecil hati daripada ibu yang makan hati . thanks mom. iloveyou . and terima kasih semua . saya hargai pengorbanan awak semua (senyum dalam tangisan)
okeh . aku cuba senyum . tadaaaaa
 tadaaaa. HAHAHAHAHA ! ketawa la. aku tanak menangis. hmm :'D

Tuesday, May 11, 2010

Kesedihan

Yaya Johan  ♥  Amirul Aiman
the couple loving yang tak sangka berakhir dengan begini sekali . Amirul Aiman yang telah pergi ke rahmatullah meninggal kan semua orang dan terutama Yaya johan. aku yang dapat tawu pun sedih dengar berita nih even aku tak kenal pun Amirul Aiman nih. cuma Yaya macam tak boleh terima pemergian arwah . kami semua risau kan tentang dia . yer tiada siapa dapat faham apa yang Yaya rasa sekarang . tapi Yaya kene ingat arwah tinggal kan Yaya dalam keadaan arwah sayangkan Yaya . masa arwah hembuskan nafas terakhir, hanya Yaya seorang jerk perempuan yang dia sayang dan cinta . Yaya la jodoh bagi arwah . But unfortunately arwah bukan lah lelaki terakhir untuk Yaya . Semua orang faham, Yaya still tak boleh lagi nak terima semua nih . tapi satu hari nanti Yaya juga akan faham kenapa bende nih terjadi . ada Hikmah disebalik kejadian nih semua . ingat lah Allah selalu dan bersyukur lah kepadaNya kerana Yaya diberi peluang untuk mencintai dan dicintai arwah . walaupun hanya sementara tapi bende itu tidak ternilai . So you should thank Allah for giving you that priceless pleasure . mudah mudahan Yaya kuat untuk hadapi semua Dugaan nih . Allah sentiasa berada disisi Yaya untuk bantu Yaya bangkit dari kesedihan nih . family dan kawan kawan juga akan turut memberikan semanggat untuk Yaya .

Al-Fatihah buat Amirul Aiman yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2010 . semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang orang yang beriman dan soleh .

 

Mengerlip !

 halamak . tiba tiba skali dua orang bagi aku award . bukan award menang anugerah cerita tergempak , dan bukan juga award menang anugerah ketampanan terselah atau suara menyerlah tapii blog yang terindah . haha
indah ke ? menyemak macam sampah dah aku tengok . see berhabuk dan bersawang dah . lupa nak pasang bibik . hee ouh terima kasih la pada mereka yang berikan saya award nih terutama pada Nur Fyna dan Ajie :). 

dan kepada semua followers blog saya nih , saya juga berikan award nih kepada anda . hee

Saturday, May 01, 2010

Kekacauan

hati mula tidak tenteram . jiwa mula kacau . perasaan mula berkecamuk . diri mula rasa kusut . masai mula dari pasir gudang ( siapa duduk jb dia tahu ) hee
aku tak tahu kenapa aku perlu ada perasaan yang begini . dan kenapa aku perlu rasa benda nih pada hari nih . aku cuba nak sorang sorang . tapi macam haremmmm . aku rindu dia kot ? tah . aku tengah sedih . tidak mahu diganggu . harap maap . hmm
kawannnn . bantu sayaaa :( . 'tetes air mata ku , jatuh mengiringi saat..'  ekh da cukup . tanak nyanyi .
haih jangan sengal sangat boleh ? haa tuh la kau . dari dulu tak nak cakap . sekarang baru nak cakap . cuba jangan buat aku confused ? haa penat taw nak jaga hati orang nih . tup tup hati sendiri sakit . ade kau kau kesah ? tak ada kan . haaa sebab aku tawuu kau kau pun sama jerk . huww
kenapa saya begini hari nih ? sebab saya sengaja nak begini pada hari nih .
sang gemuk mula mem'moody'kan diri dengan semua orang . asal ? biar ah . suka aku ah . hmm
nak berpantun boleh ? ekh tanak la. bersajak . haa sajak ke pantun ? haa sajak tambah pantun sama dengan satun . haha da macam sutun . nak sutun 1 ke 2? haa dua dua tak nak ? tak mengapa. haa cepat dengarkan satun ku . ehem !

semalam bulan penuh tuhh
si gemuk tido awal takut kene kacau hantu
hari buruh jatuh pada hari sabtu
si gemuk dipaksa kerja tanpa memilih waktu

penat tak hengat macam keje cabut bulu
halaaa cabut bulu si kambing biru
si gemuk mula rasa nak baling batu
ekh terkena dekat kepala budak darjah satu

bosan tahap gaban mula menguasai diri
dalam fikiran hanya nak bercuti
tapi apakan daya kena kerja juga ini hari
terpaksa la buat muka macam nihh --__--'

jiwa kacau , hati gelisah
si gemuk mula rasa gelabah
telefon berdering bagai nak pecah
ekh maap aku da cakap aku tak ada mood lahhh

terima kasih kerana membaca,
isi kosong apakan lagi pendahuluan tiada,
suka hati aku lah nak tulis apa,
idios buat semua !

p/s : ketawa dalam tangisan :'D
ekh gembira sangat nih mak nok . tumpang bahuuu *lap air mata pakai baju . haha

Friday, April 23, 2010

Kesibukan

hoi hoi haha maap la . lately busy duh . tak ada masa nak post entry . banyak celita la weyh mau kungsi kungsi sama lu olang . tapi bia lah menjadi rahsia dahulu . ehem ! haha
ekh wa busy duh . tengok ? blog aku pun macam haram . alaa aku tak heran sangat lu olang nak bace atau tak . tapi nih blog wa . suka wa la . haha
serius aku punya blog terbengkalai . masih sedang dibaiki . tuh yang putih jerk . belum memulakan langkah yang seterusnya . masih belum dicat dan dihiaskan dengan perabut perabut yang boleh menampakkan serabut di mata mata bloger sekalian . haha kau tengok ? ayat aku pun macam sial . kejap wa kejap aku . huww =.='
huww rindu la kat budak gedik tuh . dia jauh . bila la dapat meet lagik . ish ! dalaa . tak ada sedih sedih . nak happy jerk .
shuttt ! diam diam aku tengah nak tangkap arnab . haa aku cakap diam ! ish kan da lari . grhh.
ekh jangan sengal sangat boleh tak ? haih . okay lah . aku dah tak ada benda nak cakap . nanti aku cerita lagi . bbye .
ouh lupa . terima kasih kerana membaca entry yang macam sial nih . haha
 ekh saya lah tuh . maap laa . tak de kene mengena dengan semua inih . hee saja pic nih nak menyemak :)

 *to si gedik : sumpah rindu gilaaa kat awak :'(

Wednesday, April 07, 2010

Menggembira

 mood arih nih agak menggila . aku da suruh kompang siap sedia . tabla duduk sopan sopan . kerincing dah tak sabar nak menari . microfone dah sedia kan tuala kat kepala . speaker dah mula nak berdentum . aku dah mula nak keluarkan suara . aku nak bersyair ea . dengarkan . testing testing . ehem !
aaaaaa aaaaa aaaaaa *intro dia . haha
okeh masuk . alaa cak pung cak pung . ewahh ekh ekh ewahh !
okeh kali nih betol betol . heee

DILEMA
ketika malam penuh bintang
di antara cahya temaram
kau beri aku kesejukan
tapi hatiku bimbang
aku ingin tapi ku tak bisa
apakah ini nyata atau mimpi belaka
ku takut rindu bila tak lagi bertemu
haruskah ku terima cinta yang dilema
kau tanya apakah ku bisa
membuka hatiku untukmu
ku tak bisa berkata kata
airmata yang bicara
sesungguhnya ku ingin dirimu
tuk cairkan hatiku yang beku
tapi aku belum siap
aku jadi dilema
aku tak mau menyakitimu
karna hati ini masih ragu
tapi aku butuh cinta
aku jadi dilema

yes ! mood for today . gile menjiwang ! haha maklum la dalam hati ada taman . haha
blog aku nih dah macam ape tah . aku nak update something tapi aku tak tahu nak cerita ape . tgok nih .
see ? kosong kan ? so ta ade cerita la . hee bbye . ily kawan :)

*pissss ! tuh bukan syair . lagu . saja nak gempak gempak . haha sedap kan suara aku ? ahh ! nampak sangat kau kau dan kau pembohong . kau bukan dengar pun suara aku sedap ke tak . HAHA

Wednesday, March 24, 2010

Bergetar

aku tatahu kenapa dengan aku sejak dua menjak tiga menjak dan bermenjak menjak nih . aku rasa macam nak bagi penyepak . ke nak bagi rasa minyak kapak cap alibabas ? boleh letak kat ketiak juga . haha
perasaan aku macam biasa laa mula bermain main di minda dan bawa ke hati ekh bawa pula ke minda kembali . dengan penuh rasa kusyuk nye aku mula memikirkan nya . sebenarnya apa kene mengena dengan semua ini ? awak suka taw buat saya macam nihh . alaa sengaja nak buat aku keliru kan . tengok ? saya mula kelihatan serabut serabai dan selekeh . kekacakkan yang saya miliki tidak terselah lagi di muka ini . rupa paras saya juga tidak lagi kelihatan ramping tapi kelihatan agak tembam dan mula senget sebelah . haha
ishh ! kalau la boleh undi . aku suruh kau kau dan kau undi siapa yang layak menang dalam pertandingan memenangi basikal tua atuk aku nih . type kan ON BSKL TUA dan hantar ke 33999. haha
serius aku keliru . urgghhh ! macam mana nihh ? haih what the duckk ? *quek quek! heee
aku tak nak hilang kawan . jangan lah mengharap kat aku . aku pun tak ada bagi apa apa harapan . haih serius ! aku tak nak kecik kan hati sesiapa .
ouh cerita lagi . aku confused nak sambung blaja dekat mana . LKW macam da ade hint hint aku akan dapat . tapi mahal la kott ? ish ! banyak tempat yang aku rasa nak pergi . haha pleaseeeee ! aku tak tahu nak pergi manaaaaaa . hmm :(

aku ada lagu best ! heeee :D

Vierra - Rasa Ini
Ku tak percaya kau ada di sini
Menemaniku di saat dia pergi
Sungguh bahagia kau ada di sini
Menghapus semua sakit yang ku rasa

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih..

Ku suka dirinya, mungkin aku sayang
Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
Kau pernah menjadi, menjadi miliknya
Namun salahlah aku, bila ku pernah merasa ini

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih.. 


layannnnnn :)))

Friday, March 19, 2010

Kelontaran

okeh . aku tahu sekarang aku da mula jarang nak update blog . alahh kalau aku update pun macam la kau kau dan kau tuh nak bace kann . aku punyer blog nih burink jerk . aku da mula kehilangan separuh idea idea yang bernas aku dulu tuh sejak tidak bersekolah lagi . kalau tak otak sentiasa update bila dengar si Eza dengan si Fyna tuh berleter. hee
sejak dah berkejaya nih aku mula la busy sikit kann . ehem ehem ! nak bodek ayah la katakan . haha .
ouh lupa . cerita pasal SPM. result aku sangat mnyedihkan dan memalukan . kenapa la dulu time cikgu ajar aku tak boleh muatkan MB nye dalam memori otak aku nih . sedih nyaahhh ! tapi aku perlu kuat dan berfikiran sihat kerana aku da mula nak melihat orang orang yang suka berjihad untuk meluaskan para para sakura nya . *nothing . jangan terlalau taksub mempercayainye. haha
yang penting aku tetap nak smbung belajar . aku anak yang last biar lah aku dapat membantu kelurga aku . even mak aku nih suka melontarkan peluru mashinegun nyer dekat telinga aku . tapi dia juga sentiasa memberi aku semngat dan aku pun da naik semangat bila melihatkan kaadaan badan ku yang mula mengembang . haha
kepada bonda ku : Ibuu ! adik sayang ibuu ! aww jangan la sebegitu gedik nyaa. haha
ape lagi yang mahu dibebelkan ? tiada lagi . sudah tiada isi yang mahu dihuraikan . terima kasih . idios !

Kesenyuman

 smile , when your heart is aching ,
smile , even tough it's breaking ,
when the clouds in the sky ,
you'll get by ,
if you smile through your pain and sorrow ,
smile and maybe tomorrow ,
you'll see the sun come shining through ,
for you...
light up your face with gladness ,
hide every trace of sadness ,
although a tear maybe ever so near ,
that's the time u must keep on trying ,
smile what's the use of crying ,
you'll find the life is still worthwhile ,
if you just .. SMILE :)

Friday, March 05, 2010

Menggerunkan

pengumuman pengumuman ! Result SPM 2009 bakal diumumkan jatuh pada tarikh 11 March 2010 iaitu bersamaan pada hari Khamis . kepada bekas bekas calon SPM 2009 boleh datang ke sekolah untuk mengambil slip atau resit atau sekeping kertas yang penuh makna itu pada pukul 10 pagi hingga 1 petang . terima kasih .
* ceh ceh macam pengumuman hari raya deepavali plak . haha
aku da cakap . tuhh achi jual kain sari da mari mintak duit macam ceti 
haha tak ape laa . aku tawakal jerk laa banyak banyak kepada Dia yang lagi maha berKuasa .
lepas nih gerenti aku da jarang nak berfesbuking , berbeloging , bermaispaycing , berwai-m-ing .
aku nak balik JB daa . aku dah pencen duduk kat sini . dah resign sebagai babysitter dan merangkap ke maid kakak aku . lepas nih pepandai dia la nak jaga anak dia nak kemas rumah macam mana .
ouh mesti aku semakin rindu nak bercoret coret di sini . mesti rindu kat kawan kawan internet nanti . haih tak pelah . jika internet ini di panjangkan umur kita berjumpa lagi di sini . haha dah . malas nk berleteh .
saja nak cakap pada si DIA . tuh pun kalau dia ade terbaca la kan  
" awak ! saya RINDUkan awak . lagu kat blog saya nih untuk awak . erm awak mesti tanak dengar kot . yerlaa awak kan hardcore . mana dengar lagu macam nih . awak dengar lagu yang boleh membulatkan mata . yang boleh buat gegedang telinga berdarah . dada naik bergetar . taik telinga bernanah . ouh lupa . hope happy with ur gf tersayang . okelah . terima kasih A***N "
i love you LEYN and goodluck !

*p/s : nih post lama . jadi abaikan . tapayah bace . lagu nye pon da tade . haha

Thursday, March 04, 2010

Menjawab

 Tangged daripada cik Nur Sakinah

1. Adakah anda rasa HOT?
- aww panas nyahh ! nak air batu pelissss


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
- nak buat ape ? sebok jerk nak tengok wallpaper laptop aku . haha


3. Cerita pasal gambar
 - tak ade gambar so tak ade cerita . terima kasih ;)


4. Bila kali terakhir makan pizza?
 - kali terakhir kebulor nak makan pizza . hahaha ekh sorie . haa dekat OU rituh huww -__-'


5. Lagu terakhir anda dengar
 - lagu aci aci bukak pintu . haha lagu Jangan Pernah Kau Berubah by ST12 . gitar version . best gilak !


6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni
- haaa korek idung , garu kepala dan batuk . haa minum laa ubat batuk cap kelapa laut africa . haha


7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
- leyn , elyn , adek . haa tidak ketinggalan nama lama Mengot . haha comel kan kan  *perasan la kau . haha


8. Tag lagi 8 orang
- haa sapa yaaa ? Nur Fyna , Anyss , Azie , Lynn smgsmg , Sara , Huda , Naz ank cik Aminah . haha lagii Rashid Johan . okeh cukup dah :)


9. Siapakah orang no.1 kepada anda
- Nur Fyna tuhh . sahabat karib . selalu meronggeng dengan dia . aww sayang kau lebih nihh nyahh ! haha


10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
- cik Sara ! awak ade skandel ea dengan tambi depan rumah saya ? haaa nak tutup rahsia kene belanja makan kat Kenny yer .  ^o^


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
 - 3 ? Azie ? dia ade skandal dengan minachi sebelah rumah . Shutttt ! rahsia kita taww . haha


12. Bagaimana pula dengan no.4
- ouh yer cik Lynn smgsmg . suka paggil aku gemuk . padahal dia yang gemuk . haha si gemuk yang buncit . dia nih budak sekolah . belajar rerajin yer adik . hee :p


13. Pesanan kepada orang no.6
- ouh cik Huda . ape kabar yer sekarang ? lama tak chat dengan dia dekat fesbuk . selalu buat kecoh dekat photo coment dia . nih semua TOM tuh punya pasal . grhh


14. Kata2 cinta untuk orang no.2
 - Anyss sayangg . awak jangan lupa yer bawak balik bunga kertas untuk saya . aww jage diri yer di PLKN tuh . tak sabar nak tunggu awak balik . dah lama awak tak kene rogol dengan saya . *18sx . hahaha


15. Adakah no7. dan no.8 ada persamaan
- entah lahh . mana tawu dalam diam kan haha . si Naz tuh aku tak kenal sangat pun . tapi suka bace coretan di blog dia . buat urat geli aku berbelit dan tak mahu berhenti ketawa . haha ouh Rasyid . kawan baru dekat fesbuk :) dia mempunyai hidung yang tajam . selalu dapat menghidu aku online if  aku da go offline . haha kemain kau yerr ! haha


16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
- namanya Sakinah .
- follower blog aku dan aku juga follower blog dia .
- dia kata dia anak last sama dengan aku . kan kan sakinah ? hee.
- dia tengah tunggu result SPM juga . haha gudluck yahh .sama sama la kita berdoa .
- dia bertudung *dah mula dah aku . haha
hee lagi ? haaa da cukup 5 yeah ! nanti aku cek lagi about dia . haha terima kasih sebab tag saya yer ! lain kali datang la tag lagi . haha da macam jual kain plak .

Tuesday, March 02, 2010

Kegentaran

okeh . now aku kata aku gentar . yer gentar yang masih boleh dikawal dengan perasaan yang kecut bercampuk aduk dengan gigil . sekarang sudah pun bulan 3 yang bersamaan dengan March  2010 . 
kenapa yer agak agak ? 
deyy ! result SPM da nak keluar ah . aku  gigil duh nak amik result . aku takut sangat result aku teruk . aku da naik bas kuning 11 tahun . tak kan la aku nak sambung naik bas biru plak kot . ish ! tak nak akuu . 
tapii kalau result aku teruk ? alamat jual beger jerk laa kat tepi rumah . cuci kain kat tepi sungai kan . haa duduk goyang kaki lagi kat rumah kann . tadah telinga nih sampai bernanah dengar ibu membebel an . haa
alahhhhh ! seriously aku memang takutt . aku harap sangat result aku okeh dan boleh la dibanggakan dengan senyuman sekilas A.Galak memainkan misai nya .
yang penting aku dapat continue study . nak belajar tinggi tinggi duh sampai aku tinggi . haha takde lahh . aku anak yang last . tinggal aku sorang jerk kot yang masih muda lagi bergetah . sooo , senang la aku nak pau bapak aku pegi belajar . di tanggung beres punyaa . anak last la katakan . jadi lah anak yang boleh dibanggakan keluarga sikett . haaa

Sunday, February 28, 2010

Kekejangan

hari nih aku merayap pegi putrajaya . penat la jugak sebab pagi pagi da kene bangun . hanya mampu tido 1jam . maklum la sekarang nih aku da macam burung hantu tidak berlesen . siang tidur malam berjaga . bukak muka buku online sensorang . syok sendiri la katakan . ada aku kesahh ?
pegi putrajaya semata mata nak tengok mata . ekh tidakk nak tengok movie kat Alamanda tuh . alaaa borink nyee tak ade apa pun kat sana . haha
alaaa sekarang nih aku tenga tada bende nak buat . ikot jerk la mana akak aku pergii . aku pun keje nye duduk di ruma goyang kaki . dapat menguatkan lagi otot otot aggota badan dan membina urat urat yang sihat sehingga menghasilkan tulang tulang yang gagah . ah sengal . haha
yang penting minggu depan aku tetap nak balik JB . aku da buhsan gile duduk rumah akak aku nih . dompet kempis jerk . kalau kat JB boleh jugak aku kerja dengan bapak aku . ade jugak duet masuk . huww
haa nih sempena hari menghijau . aku ade selitkan pic yang aku snap tadi kat sana . aku suka nokkk ! haha
 
  
haa yang nih da tak hijauu . agak gelap sikit . haha 

after balik tuh aku terus tidur dari petang sampai ke tengah malam . seee ? aku pun da gemok . eeee kau gemok la leyn . haha bangon jerk terus cari makan . tengah tengah malam plak tuh mane nye tak gemuk . haih . then bukak muka buku . oke lahh . ramai jugak membe kepala giler . umur da tua tapi perangai macam kanak kanak . haha aku pun da tak layan mespes tuh sangat . ahh panas aku layan mespes tuhh . budak sume bajek hott . aww konon pasaraya panas gituh . haih dala bye . i love you leyn ;)

Friday, February 26, 2010

Mengatakan

Salam Maulidur Rasul :)

apabila saya dah bertudung . haha saja nak pakai tudung . muka pun macam mak orang da aku rasa. haha

Thursday, February 18, 2010

Meletihkan

dey tambi ! mari kau aku nak tumbuk muka kau sampai gugur bulu mate kau . haiyakk ! ugh !
perasaan geram nih telah di lawankan dengan perasaan sedih . aku tak nak sedih lagi . tolong help comeynga . haha
asal ? tak puas hati ? ah pegi amik selipar jalan laaa . jangan pulak merangkak . penat nanti nak sampai ke destinasi 
act aku tenga sedih . deyy ! asal lately entri kau banyak betol sedih jek memanjang ? ekh bialaa perasaan aku tengah sedih . tak ade kegembiraan yang harus aku tulis dan catit dalam nih . kesiann kauu . *bermonolog sendirian .
susah la kalau perasaan nih dah bersangkot pada orang . asik nak makan hati jewk . kalau perasaan nih bersangkot dalam almari takut bersawang plak . sangkot kat ampaian takot berpanas dan kene hujan pulak . haih tak tahu la apa harus aku buat . dia buat aku macam nak gila kot ? tapi belom tahap crazy betol la . masih boleh dikawal . kalau tak dihantar nya aku ke hospital sakit jiwa . dari tak gila memang aku teros gila melayan orang gila yang memang dah gila dengan cerita gila dia . haa cukup 44 kali cakap gila . kau la gila . haha
aku kadang kadang tak tahu nak luah kan dekat siapa . kawan kawan semua tengah happy aku pulak spoil tengah sedih . tak nak la aku bercerita dengan dia orang kan . aku nih menyusahkan jewk . haih
hari tuh balik JB dapat jumpa kawan kawan . rinduu sangatt . dapat jumpa fyna , eza , intan n ramai laa .
tapi tak banyak sangat dapat bercerita . semua busy dengan bf memasing kan . tak mengapa laa .
achi achi buka pintu . nana balik sudah jadi hantu . jangan tekejut jangan terpaku . saja nak menakut kan kamu .
aku nak aku gembira aku nak tersenyum . biala orang nak kata macam kerang busuk ke , macam kera dapat bunga ke . tapi aku nak senyum . senyuman yang ikhlas lahir dari perasaan yang gembira pergi ke mulut dan di ukirkan terus ke bibir lalu menyerlah kan gusi dan menampak kan gigi . micahi sebelah nih pun tersenyum hingga terselah gigi palsu nye yang caler keemasan ituh . haha
dala tade bende yang nak di bebel kan . bubye .

now playing : i live my life for you by firehouse :)

Friday, February 12, 2010

Egokah Aku ?


Ku ? tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau , Kau belai rambutku
Kau temani aku , Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu 



 Aku Sedih Hari Ini . Terima Kasih Awak

Thursday, February 11, 2010

DumDumCak

gumbira di hati tidak terkata hingga aku asik tersenyum seorang diri . hampir mencecah senyuman ke telinga . hampir terselah gusi di gigi . hampir gila di angau si bangau . haha . hey mamak ! kau asal gelak gelak ? aku tengok pun da naek jelak . karang aku bagi flying kick dekat hang punya ketiak . haaiyakk ! haha
ehem . even before nih aku sedih sedih kan , but tidak la selamanya kita sedih kan ? ada hikmah disebalik apa yang terjadi . haa cuma kita kene kuat jewk menghadapinya . renung renung kan la dan selamat beramal . haha . aku suka sangattt nihh ! *aww aww* ekh bapok nih berbunyik plak dia . duduk diam diam dalam reban uh . haha .
 awww awak nih gedik laa . haha .
tapi yang sedihnya , aku takot dia memainkan aku . hmm maklum la kami jauh . huk .
haha getek la kau leyn . aku sekeh lelaju siku kau pakai tempurung kelapa karang . haha . ahhhh ! dah la . perasaan kau nih melebih lebih ah . eee sekeley ! haha
erm act kan aku kene sakit mata tau . alaa yang ade bijik kat atas kelopak mata tuh . yang dekat dengan bulu mata tuh . alaa tak tahu ke ? ahh tembel laaa ! haa nih semua gara gara anak tambi tuh ajak aku pergi skodeng keledai si fyna berak . aku teruja kejap tuh yang pandang lama lama . haha macam sibai bi tu lul tol . haha aww bubye budak gemokk !
if kau terbaca , aku hanya mampu cakap 'wa sayang kat lu la beb' haha
for u : A :)