Friday, December 31, 2010

Coming !

Ehem. Nih pic kat i-city. Saja nak kongsi-kongsi. Last weekend pergi. Teman kan makcik yang nak sangat pergi. Padahal dah bosan. So, layankan jelaa. Hee

Hmm tak sangka pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru pun. Nasib baik pejam boleh celik balik. Buatnya pejam tak celik celik ? Haaa

Kesian Cik 2010 sedih kerana sedang meniti hari hari terakhirnya untuk meninggalkan semua kenangan yang tercatat dalam sejarahnya di setiap pelusuk dunia. Cik 2011 pula bersorak gembira akan kemunculannya yang tinggal beberapa hari lagi dari sekarang untuk membentangkan kain putih berseri yang entah berapa inci yang dibelinya daripada Miri.

2010 telah membuatkan aku memenuhi nota-nota hidup segala perjalanan aku di lorong lorong yang berliku lagi berlekuk lalu terpijak lecak. Euwww kan dah basah selipar ! Haha. Terlalu banyak kenangan, kepahitan, kesukaan dan kedukaan bagi aku di 2010. Kisah persahabatan, kisah cinta.. Wow ! Sungguh menakjubkan. Haha kenapa saya suka ? E'em (menggelengkan kepala). Aku cuba cover untuk bertenang supaya tidak menitiskan air hinggus yang menghijau. Karang kau kau dan kau geli plak nak baca blog aku sebab melekit. Ngeh ngeh ngeh .
Aku akan ambil ikhtibar apa yang dah berlaku pada diri aku di tahun 2010. Tambi tambi, ane ane dan juga minachi minachi sekalian, di sini saya menulis (memang la menulis, bukan ada microphone pun nak bercakap) saya menyusun kesemua 20 jari kaki tangan saya untuk memohon maaf kepada sekalian sekalian yang berada di rumah mahupun di tepi tepi lorong lorong gelap tuh. Heppp ! Cabui na mulut hang. Tapaq sat lagi kang, berdarah gusi dan gigi. Hee Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kalian yang telah memeriahkan dan menyerikan hidup saya dengan lampu lapliplaplip hari raya. Dah macam hari raya plak aku rasa. Argghh ! Persetankan.

Haaa 2011 ! Aku mengucapkan selamat datang. Tak payah la kau nak berlari lari macam filem hindustan tuh. Dengan kain putih dia tuh. Konon laa terbang terbang gitu kene tiup angin. Haha okeh, aku dah mula merepek lagi mencarut. Actually nak cakap selamat datang ke dalam hidup aku dan juga semua orang dalam dunia ini. Ehem ! Kain putih tuh berapa hengget satu inci? Nak beli jugak untuk budak sekolah. Haha okay stop mencarut -__-
Hmm aku harap 2011 nih aku menjadi lebih matang dalam segala hal. Dapat juga menjadikan aku insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang sambil berlari lari membawa bendera Malaysia. Hahaha
Ouh lupa. Ape Azam tahun baru aku haa? Erm jap jap aku try tanya Azam anak pakcik Sood belakang Rumah Tok Janggut yang dekat dengan sawah tapi ada loji. Apekah ? Haha
Serius azam yang betol betol azam tuh macam tak ada jerk ? Haaa nanti saya pikir-pikirkan ea. Muah muah. Idios Omigos anak si jongos *wink

No comments: