Friday, February 25, 2011

Hye, hello dan salam 1 Malaysia kepada semua reader's. Hari ini mood agak kurang baik dan agak terumbang ambing bagai katak berjalan mabuk. Macam mana tuh agak agak?
Hari ini aku menagis sebab seorang kawan yang aku dah anggap macam kembar aku sendiri. Jatuh bangun bersama. Susah senang rasa bersama. Tapi aku tak tahu la kenapa sekarang nih kami agak dingin. Hmm hal nya disini disebabkan aku masih lagi duduk hostel dan dia dah pun berpindah duduk kat luar. Haa jadi kami sudah agak jarang bercakap. Disebabkan dia tak sihat, dia tak datang ke kolej beberapa hari nih. Jadi bertambah lah aku tak bertegur dengan dia. Tapi kenapa bila dah datang jadi macam nih? 
Permulaan kelas tuh dia tegur la jugak. Aku pun ok. Tapi aku not in the mood pagi tadi sebab BENGGANG punya pasal gara-gara dipermalukan di khalayak ramai atas kesalahan orang lain semalam sampai terbawak-bawak ke hari  nih. Maaf kan aku. Tapi sebenarnya aku ok.
Cuma kau saja. Aku tak tahu kenapa kau marahkan aku sangat sampai kau tarik muka dengan aku 10Meter. Jauh tak agak agak 10Meter tuh? Ke nak jauh lagi. 100Meter? Ish tak adalah. Padahal 10cm jerk kot. Hee
Maybe kau marahkan aku gara-gara aku tak jadi pindah kan. 
Yer ! Aku pasti sangat sebab kau kau dan kau MENYINDIR sehinggakan aku terasa sehingga menikam ke hati dan menusuk ke kalbu. Haa kan dah termasuk jiwang. Okay silap.
Aku bukan tak nak pindah. Tapi aku tak suka tempat tuh. Terlalu bahaya bagi aku. Sebab pindah secara terburu-buru kerana terlalu mengikutkan kata SIDIA yang kau kau dan kau sayang kan sangat tuh. Aku memang nak pindah nak duduk luar. Tapi maaf. Bukan tempat macam tuh yang aku bayangkan. Kita boleh dapat tempat yang lebih elok dan lebih selesa. Sumpah aku tak selesa dengan tempat macam tuh. Sebab tuh aku tak jadi pindah.
Euwww. Kalau lah family aku tengok kawasan  perumahan tuh sah sah lah family aku tak kasi pindah. Maaf lah. Test tinggi sikit. Hee Tapi aku ada pilihan aku sendiri. If aku nak pindah pun nanti aku akan cari tempat yang ok. Aku dah penat sebab terlalu ikut kan kata orang. Bila aku nak bertindak ikut kata hati aku sendiri ? Kerana terlalu menjaga hati orang aku rasa aku tak ada penderian. Maaf kan aku. Aku harap kau tak baca blog aku. Kalau kau baca sekalipun, aku tak nak benda nih jadi masalah kita diluar dan boleh jadi gadoh. Yer kau kau dan kau semua gangster. Aku lemah. Aku ngaku tuh. Tapi sampai bila nak perlakukan orang? Setiap orang tak akan dapat lari daripada buat kesalahan. Hmm
Aku mintak maaf kawan. Aku tahu kau benci sangat dekat aku. Kau datang hostel, tapi aku nih kau buat tak nampak. Hmm tak mengapalah. Aku faham. Aku tak paksa kalau kau dah tak nak kawan dengan aku. Mati nanti pun aku orang sorang sorang masuk kubur jugak.
Ouh yer, kepada cik Tina, aku dengan Shasha rindukan kau. Kita orang sunyi bila tinggal berdua dalam bilik. Aku dah tak dengar kau gadoh dengan Shasha. Dah tak ada lagi yang kejutkan kita orang pagi pagi. Sumpah dohh.. Kita orang rindukan kau sebab kau satu bilik dengan kita orang. Jahat mana pun kau, geram mana pun kitaorang kat kau, tapi  kau tetap kawan  kita orang. Tido pun sama-sama. Hmm aku harap korang semua dapat jaga diri dekat lua sana.
Okay leyn. Stop cerita sedih sedih. Happy sikit. Hee
Maaf aku tak dapat nak menaip. Terlalu taching. Meleley dah hingus nih. HAHAHAHAHA :"D

No comments: