Saturday, December 05, 2009

Tangkapan Berdarah


sebak . perasaan nih sentiasa menghantui aku .
menyanyi . lagu sahabat - aizat dimain kan oleh suara aku yang sumbang mahram ini dan dikeluarkan melalui mulut si tambi jiran blakang . hanya tahu karoke setiap masa . hilang kan tension katanya . telinga dah parah . gegendang telinga dah pecah . taik telinga hanya mampu melarikan diri sejauh semeter dari tempat kejadian . aku pula sentiasa mendengar suara yang ala ala artis tidak berbayar . 
mentol yang aku bela dekat atas kepala tidak lagi bercahaya . bil carent bulan nih lupa nak bayar .
awan pula sentiasa nak keluar atas kepala aku . musim hujan sekarang nih . adik hujan si gerimis tidak dapat tawaran lagi untuk show ke bumi .
berdarah kepala otak memikirkan nya . makan tidak lagi macam gagak . tidur tidak lagi macam badak .
adakah benar atau hanya mimpi ? memikirkan ini sehingga terbawa bawa ke tidur . mudah betul masuk ke mimpi yang hanya mendramakan cerita fantasi . mimpi malam itu aku hanya berbual kosong dengan kau bagai mengira angka sifar . tiada jawapan yang dapat . tapi aku dapat jawapan yang sama dengan rasa kegembiraan katak mendapat bunga . seronok berbual dan ketawa dengan kau . aku pelik . tapi di abaikan . cerita tergantung di dahan pokok kerana aku tersedar dari tidur .
tenggiling aku semakin sunyi kerana tidak dapat bermain dengan keledai belaan kau . keledai kau da mempunyai teman baru si lembu putih gurun yang terjatuh dari kapal terbang kargo tuh .
lepas nih aku nak pergi jauh yang jarak nya 450 kilometer . dijangka kan aku akan tinggal di sana . tapi sebelum aku pergi aku nak meronggeng dengan kau lepas kita berlawan dengan kertas sama pensil dan pen tuh . perlawanan tuh pun da nak berakhir . tapi mahu kah kau ? sama ada ya atau tidak hanya pertanyaan yang tiada jawapan .
tak dapat la kita nak buat bersama apa yang telah dirancangkan dan di senaraikan di buku tiga lima aku tuh .
amik lesen keta ? tak apelah . aku masih terkial kial drive keta manual tu . hanya tau pemainkan aku saja . sekejap 1 2 3 4 5 . penat melayan kan . lain lah si auto . reti jugak aku kerana bodoh bodoh rasanya si auto tuh . seronok memperbodohkan si auto . gusi terselah selepas pertama kali membawa si auto berjalan .
aku tidak lagi menggunakan henfon . screen henfon yang pecah tuh masih belum dapat ditukar ganti dengan screen tv . macam mana dengan cermin pintu rumah kau ? masih dibuka tawaran nya ? boleh aku survey untuk screen henfon aku . 
dekat ruma da kembali ade computer . teruja  sehingga aku melompat setinggi katak . jalur lebar mudah alih masih belum dapat mendaftarkan diri . jalur panjang mudah alih sudah dapat dicari . aku akan tarik wayer dari ruma kau aja . boleh kan ?
aku ada banyak lagu baru yang aku dapat . kau nak ? aku ada something aku belikan tuk kau . tapi aku tak tau nak bagi macam mana . panjang panjang bulu bulu . kau nak sangat kot bende nih dulu . tapi tak tahu la sekarang .

terlalu banyak cerita yang mahu dikepohkan dan dihebahkan kepada kau . pos laju pun tidak dapat menandingi sepantas kita . tapi internet mampu . kerana zaman teknologi yang seba canggih ini hanya di hujung jari dan telah mengalah kan mulut aku yang hanya di hujung bibir . agak pelik mulut di hujung bibir ? abaikan .
jauh dah pergi buat hal masing masing . tunggu aku besar ala ala kakak kakak belum tentu aku masih bernyawa atau tidak . family aku plak asyik menanyakan ketiadaan batang hidung kau yang rajin bertandang ke rumah aku . penat bukan menjaga hati orang ? tapi bagi aku semua orang tak kan pernah paham aku . yang dekat yang jauh yang rapat yang renggang yang musuh yang baik semua tak kan pernah menghargai apa yang aku susah payah lakukan . jadi lebih baik semua orang menjaga hati sendiri .
terlalu banyak kesilapan yang aku dah lakukan . jalan pun tidak agak stabil kerana terlalu berat bahu kiri yang memikul beban dan kesalahan . dengan itu jugak , apa yang dah berlaku dan berlalu nih dapat mendewasakan aku menjadi seseorang yang lebih matang untuk membuat sesuatu perkara . terima kasih kepada kalian kerana menyadarkan aku .

aku merindui mu kawan :')

6 comments:

naz said...

haha nice word :)

Lynn said...
This comment has been removed by the author.
Lynn said...

aku merindui mu jua (;

Muhammad Khalis said...

You've got an awesome blog!

angel_v2 said...

terbaik dr ladang kawan !

elyn's said...

hahaha thaz kawan :)