Wednesday, December 02, 2009

BFF !















 aku kecik hati . aku makan hati . aku diam . dia langsung ta tegor aku . aku senyap . dia wat dang  . aku pandang buku . aku tunggu . dia tidak berganjak dari tempat nya . aku tatahu . aku cuba cari silap aku . di mana ? kat mana ? kenapa ?
dia macam nak lari jauh dengan aku . aku tengok dia . dia ta pandang aku . aku terdiam sejenak .dari awal sampai akhir . tidak lagi aku terdengar gelak ketawa dan cerita dogeng nya tuh . kenapa wahai kawan ? kau tasuka dengan aku ? muak kau dengan aku ? kau tanak kawan dengan aku ? benci sangat kau dekat aku ? tapi kenapa ? bertubi tubi soalan yang keluar di benak kotak fikiran ku .
kau ta suka cakap saja dengan aku . tidak aku tertanya tanya . setelah penat lelah aku memujuk kau dulu supaya jangan tinggal kan aku . tapi sekarang ? kau tetap dengan keputusan kau mahu tinggal kan aku .
kenapa kawan ? aku ta mengerti kenapa mesti ini yang kau pilih . 5 tahun kita kenal . 2 tahun kita rapat . susah senang semua nya bersama . adakah kau da muak dengan sikap aku ? aku terasa aku da mula jauh dengan kau . jauhhh ! jauh ke pulau laut china selatan . jauh ke planet pluto .
aku tertanya tanya . kenapa ? kenapa ? kenapa ?!
yer aku ta ramai kawan . aku hanya ada 2orang jewk kawan aku rapat . dia la kawan . dia la sahabat . kau dan kau ! tapi kau dan kau akan tinggal kan aku . kau akan tinggal kan aku ! paham takk ??!
ini last year kita kat sekolah yang lagi berbatu kukuh itu . tinggal lagi 2hari untuk kita bersemuka . lepas nih semua nya tah ilang terbang kemana . kemana semua kawan kawan aku ? semua nya akan tinggal kan aku .  kembali aku tinggal seorang diri bagai aku mula melangkah ke sekolah tadika . aku hanya seorang diri. aku hanya terdiam . aku hanya mampu senyap .
aku mintak maaf atas kesalahan aku . gurau senda yang kasar . bertolak bertumbuk bercekau . aku tahu aku salah . walau macam mana sekali pun aku pujuk kau , kau tetap dengan keputusan kau . kenal benar aku akan sikap kau . benci benar kau pada aku . yer ! aku rindu kan kau . rindu bagai kita yang dulu . kita rajin bersama . texting sentiasa walaupun 7jam kita da menghadap muka di sekolah .bergelak ketawa , menangis bersama . cerita baru , baju baru , bf baru , no baru , semua nya baru pasti sudah berada di pengetahuan masing masing tidak sampai 5 minit waktu bergerak . tiada rahsia di antara kita . tapi sekarang , kau berubah . tiada lagi yang baru baru akan aku dengar dari mulut kau . kau semakin kuat berahsia . kau tutup mulut kuat kuat . kau ikat bibir ketat ketat . kau cengkam gigi rapat rapat .
hanya di sini aku dapat meluah kan rasa isi hati yang tengah melanda kegundah gulanaan ini . aku semakin dekat dengan seorang diri . takpe . mati pun aku akan sendiri . jadi aku akan cuba belajar hidup sendiri . aku memang ta boleh ada kawan . kawan itu akan tetap tinggal kan aku . kawan itu akan hilang juga akhirnya . tidak boleh di ikat macam lembu di pokok . macam anjing di tiang . mereka akan bebas mencari kawan yang lain . kawan yang lama yang usang yang buruk yang jahat yang baik akan cuba untuk di tinggalkan dan mula berkawan dengan kawan yang baru . nasib aku sentiasa begini . hanya diperlukan seketika dan tinggalkan untuk selamanya . makhluk di atas sentiasa memberikan aku semangat untuk teruskan perjalanan aku ke cahaya yang cerah lagi terang benderang . aku akan kuat kan diri . dan aku akan kuat untuk melawan segala kuasa jahat yang berada dalam diri aku ini .
wahai sahabat . jika kau terdengar berita buruk mengenai diriku , jangan lah kau lupa untuk menziarahi nya . aku akan senang dan tenang disitu . terima kasih atas susah senang kau bersama aku . semoga kau mendapat kawan yang lebih baik dari diriku . aku tidak layak untuk mendapat kawan . aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau orang sekalian . terima kasih wahai sahabat kerana kau begitu bermakna bagi aku . 
sincerely ; leyn ;')

1 comment:

naz said...

kawan wujudkah mereka?
mungkin ada. tapi berapa?