Saturday, November 07, 2009

Berlawan


SPM bakal menjelma . aku terpaksa say hello to SPM . ta lama lagi aku akan berperang dengan dia habis habisan sehinga ke akhir mata pensil 2B patah dan cecair dakwat pen kehabisan . pembaris juga tidak ketinggalan untuk mengukur setiap garisan pergaduhan . hey pengorek ! ayoh tajamkan pisau mu itu agar dapat melawan kekuasaan mata pensil 2B . pemadam ? selalu menjadi mangsa buli kepada pensil 2B untuk membuang segala kekotaran dan kesalahan nya . kejam sungguh . kepada kertas , aku hanya mampu berkata anda perlu berhati hati . kesucian yang kau miliki iaitu putih lagi berseri bak anak tambi pakai kain sari akan hilang dengan perlahan lahan nya . kejahatan pensil 2B dan mata pen yang akan merosak kan kesucian kau . ekh kakelater ,  jaga setiap nombor dan catit setiap perkiraan pergaduhan itu . selesaikan dengan berhati hati . jangan tertinggal satu nombor . ouh lupa . meja dan kerusi , kau perlu bersiap sedia di tempat yang telah disediakan . jaga keselesaan dan keempukkan yang anda miliki . nanti akan ada satu kekuasaan yang tidak dapat dinilaikan beratnya berapa kati akan mempergunakan anda berdua untuk menyaksikan pergaduhan itu . perlawanan itu dijangkakan akan berlangsung selama 9 hari 33jam 385 minit dan 45.7 saat . semoga berjaya kepada saya . SPM . aku akan tunggu kedatangan kau dengan berperasaan takut takut beraninya .

4 comments:

Lynn said...

haha ayat elynn. beuhh! terbaik punyaaa ;DD goodluck spm! :D

nrfy said...

nak kentut sekejap baca blog kau

Nur Elyn's said...

haha baik dari ladang ! haha thaz lynn

Nur Elyn's said...

kentut la fyna. tempat ruang kentut mngentut !