Friday, October 19, 2012

1 Step Move


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Ehem ! Sekian lama meninggalkan dunia belok-ing ini. Lama.. lama sangat sampai bersawang dan berhabuk. Bukan apa.. Sebenarnya nak jerk update. Banyak kot cerita yang ingin aku curahkan kat belok nih. Sampai dah tak mampu nak simpan dah. Otak aku GB nya tak besar. Bila dah penuh, mula lah merah merah dah keluar. Huww. Lagipun aku tidak berkesempatan untuk meng-update. Idea aku tersumbat. Bila dah tersumbat, dia dah tak nak keluar. Membeku kat palahotak nih. Lepas tuh simpan elok2 dalam hati. Hehe
Alhamdulillah. Aku masih dapat merasakan nikmat Tuhan sehingga ke hari ini. Setiap nafas yang aku sedut dan hembus adalah nikmat dan rezeki Tuhan. Syukran.
Ehemmm! Maaf lama menyepi. Just nak share something.
Guess what?

.....


I'M ENGAGED !

Act bukan nak kecoh-kecoh. Just nak share dengan kawan-kawan. And bukan kah lebih baik bila saya dah bagitahu saya dah tunang , tiada lagi lelaki yang ganggu saya. Wallhua'alam

Haha cerita nih sebenarnya dah lapuk dan berhabuk habuk. Fuhh fuhh *tiup habuk gosok hidung*.
Bertarikh 25 May 2012 dan jam 8.30pm sah menjadi tunangan orang. Segalanya tidak dirancang dari awal.
Pada mulanya, pihak lelaki hanya datang untuk merisik. Pihak lelaki masih tidak mengenali saya serta keluarga saya. Tarikh untuk datang merisik pun dirancang secara tiba-tiba. Terlalu cepat. Tapi tidak mengapa. Itu masih boleh diuruskan. Tapi 3hari sebelum hari tarikh merisik tuh, keluarga pihak lelaki cakap terus tunang. Oh my! Persiapan memang tak ada langsung. TAK ADA OK!
Lagi 3 HARI. Ulang suara LAGI 3 HARI.
Mana nak cekau duit untuk beli barang hantaran.
Kiteorang pun macam...  -____________-

TAPI... *sambil jari telunjuk keatas dan menghala ke depan*
Rezeki ALLAH. ALLAH itu maha kuasa. Benda yang baik dan niat yang baik. DIA turunkan rezeki kepada kami. Alhamdulillah tidak terhingga. Bersujud syukur.

Barang-2 hantaran kami siapkan dirumah saya. Tersangat comel. Kami siapkan dari pagi sampai petang. Nasib baik sempat. Hee gelagat masing-2 tak payah nak kata. Habis bersepah rumah.

Penatlah nak cerita panjang-panjang. Korang semua bukan baca pun. Apa-apa pun, aku just nak share gamba jerk kat sini. Malas nak letak dekat FB. Jadi saya letak disini.

Ayah dan Ibu. Kesayangan hingga akhir hayat 
Si Dia :)
My future coming soon.

May Allah protect us, insyaAllah jodoh saya dengan awak Amin. Don't stop praying. Mohon doa dari semua supaya Allah panjangkan jodoh kami sampai ke jannah. Aminn. Terima kasih semua.

Tuesday, July 12, 2011

Kesengsaraan

Kepala rasa pusing
Otak rasa bergetar
Hati mula runsing
Diri mula menggeletar

Hati rasa sakit
Dendam mula membara
Jiwa rasa perit
Diri pula melara

Jauhkan aku dari rasa begini
Hilangkan perasaan rasa benci
Marah, sedih, sakit semua ada dalam hati
Diri ini sudah tidak mampu nak berlari

Aku pohon jangan buat aku begini
Mulut tidak terima kari, dal atau lemak cili api
Janganlah kau cari masalah dengan diri ini
Kerana kau menyesal pada kelak hari nanti.

Maafkan aku..