Thursday, December 09, 2010

Kepergian

Kobun Binti Darjo
Yang telah pergi kerahmatullah pada 6 Disember 2010
Selamat tinggal nenek tersayang.
Semoga Roh muh dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Akhirnya, saya dah pun kehilangan kedua-dua nenek dan atuk belah ayah dan juga ibu. Jadi, saya tidak akan dapat merasa lagi kasih sayang seorang nenek atau pun atuk, tiada lagi keseronokkan apabila beraya dikampung. Sungguh! Aku merasa kesedihan. Dia pergi juga meninggalkan semua orang setelah ia koma selama 2minggu di hospital. 
Akhirnya Tuhan lebih sayangkan dia. Alhamdulillah aku diberi pinjaman untuk merasakan kasih sayang seorang nenek yang kuat tanpa arwah atuk sekian lamanya. Terima kasih Tuhan. Kau berikan pinjaman yang begitu beharga.
Kau berikanlah kekuatan kepada diri Ibu ku agar kuat menghadapi pemergian ini. Dan begitu juga aku, agar dapat menghargai jasa seorang Ibu, dan kasih sayang yang ia beri. Hargailah dia selagi dia masih ada. Berikan aku kesedaran agar tidak melukakan hati seorang perempuan yang bernama IBU.

Saya sayangkan Ibu saya Pn. Rubiah Binti Kastari.

Sunday, December 05, 2010

Penyesalan


Hari nih hari Ahad. Hari untuk orang orang berehat. Tapi sekejap lagi aku kene kerja. Tak mengapa laaa. Hmm
Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak nih aku ada rasa menyesal sikit. Ekh silap banyakkk.. Hee
Urm entah laa. Aku tak tawu kenapa dengan diri aku. Aku culture shock ke? Tak mungkin. Sebab aku memang suka berjalan. Suka merayap. Dekat JB aku da biasa keluar dengan membe membe yang ada kenderaan. Tapi dekat sini ? Aku dapat kawan kawan yang ada kereta (contohnya), tapi roomate aku cakap aku berubah. Hmm aku tak faham disitu. Memang larh dulu baru baru masuk aku senyap, aku slow, aku turutkan kata dorang. and now aku da mula biasakan tempat nih dengan aku. Lagipun aku da biasa duduk dekat Shah Alam dan rajin merayap sendiri dengan Si dia dulu. Itu dulu oke? but now susah la dapat kawan yang macam nih. Hmm cuma ada sorang jerk kawan yang selalu faham aku. Tak selalu larh, kadang kadang dia hangin jugak dengan aku sebab lembab macam siput. Hehehe jangan marah ea kawan. Dia nih bukan la budak bilik aku, tapi budak bilik depan. Dia satu tempat kerja dengan aku. Dah banyak bende yang kiteorang share bersama. Dia tegur akan diri aku yang mereka katakan aku berubah. Rupanya perubahan disitu ada maksud yang tersirat. Aku mula faham. Aku mengangis, aku sedih, aku marah, aku geram. Yer, aku tak sempurna. Setiap orang akan buat silap. Aku marahkan pada diri aku. Sejak dari itu aku selalu fikirkan ape yang dia bagitau tuh. Aku rasa macam nak jerk berenti belajar. Nak balik JB duduk sana. Tapi aku perlu kuat. Aku perlu berubah. Hmm aku akan cuba kawan. Asalkan daripada dorongan korang semua. Terima kasih kawan. Kau seorang kawan yang baik aku. Aku juga rindukan kawan aku yang dua itu. Dah lama tak berjumpa. Pasti mereka juga anggap aku begitu. Aku mintak maaf kawan aku tak boleh jadi kawan yang terbaik tuk kau orang semua. Maaf kan akuuu..