Tuesday, April 19, 2011

Tajuk?

Malam nih rasa macam kosong. Yer ZERO ! Ape kes? Hehe
Sekarang nih aku tengah sangkut. Habis kering poket baju seluar beg. Dengan assigment yang melambak-lambak kene print. Phewww ! Memang laju duit aku seperti air terjun melompat ke dalam peti Cashier tuh. Lalu duit seringgit pun menggoyangkan pinggul dengan bebasnya di dalam Purse aku nih. Lihat? Nampak tak permainan dia? Betapa luasnya ruang dalam Purse aku tuh. Haihh
Bila la Miley Cyrus nih nak bayar balik hutang dia dekat aku. Dulu pinjam sebab nak pergi tukar nama dekat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Yerlaa malu orang panggil dia Hanah Montel. Tetiba dapat pulak berlakon dekat cerita Hanna Montana. Wahhh ! Tak sia-sia tukar nama terus meletup jadi artis. Tapi sejak dah kaya nih terus lupa dekat aku. Haih aku malu nak tegur dia mintak hutang. Maklum la, dia mana kenal lagi orang kampung macam kita. Hahaha
Seriously, rasa kasihan dekat parents aku sebab tiap-tiap minggu kene bagi duit. Bila aku talifon, terdengar keluhan di hujung talian, hmm rasa sayu kerana selalu menyusahkan mereka. Maafkan adik. Tak tahu nak berjimat macam mana lagi. Dah cukup jimat-jimat la sampai makan Mcd tiap-tiap hari. Haha
Biasala kais pagi makan KFC, kais petang makan MCD. Phewww ! Sebab tuh duit macam air. Aku tanak keluarkan duit tuh dari ATM, tapi aku seakan-akan terdengar dia menjerit cakap nak keluar. Apa aku boleh buat, aku tak mampu nak dera dia duduk dalam Bank tuh lama-lama. Haha
Tolong laaa. Tak mampu nak berjimat macam mana lagi. Takkan nak puasa tiap-tiap hari? Orang belum sambut Ramadhan lagi, aku dah sambut dulu. Betapa gelojohnya kan? Apa yang termampu, saya akan cuba berjimat sampai Tokey kedai D'mart datang mintak hutang dekat Pakcik Mat sebab beli minyak Gamat. Hadapinyalah dengan Cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Idios Omigos makan nasi bungkus.

No comments: